FWD TAKAFUL MEMPERTINGKATKAN PELAN TAKAFUL UNTUK AHLI KWSP

Released on: Tuesday, 27 Feb 2024 12:00AM

Komited menyokong agenda nasional untuk mencapai kesejahteraan sosial
 
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) memperkenalkan dua pelan takaful baharu untuk ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pelan yang ditingkatkan dengan manfaat tambahan ini diperbaharui secara automatik setiap tahun dan ia menawarkan perlindungan kepada ahli KWSP serta pasangan dan sehingga 10 orang anak. Ahli KWSP boleh menyertai Pelan FWD i-Lindung Term Takaful dan Pelan FWD i-Lindung Critical Illness dengan kadar sumbangan yang rendah, menggunakan dana daripada Akaun 2 KWSP mereka.
 
Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif, FWD Takaful, berkata, “Pelan FWD i-Lindung Term Takaful dan Pelan FWD i-Lindung Critical Illness adalah produk inovatif yang mengukuhkan komitmen kami untuk melindungi kesejahteraan kewangan pelanggan sambil menawarkan peluang unik untuk mengalihkan dana daripada Akaun 2 KWSP ahli ke arah perlindungan komprehensif. Dengan memperluaskan pilihan penggunaan dana Akaun 2 KWSP, kami menyokong agenda nasional untuk mencapai kesejahteraan sosial dan memberi pelanggan kami peluang untuk menggunakan sumber sedia ada, sambil menjamin masa depan mereka serta orang tersayang. Pelan-pelan baru ini adalah bukti pendekatan berorientasikan pelanggan FWD Takaful dan dedikasi kami terhadap inklusiviti dan kepelbagaian, serta menjadikan penjagaan kesihatan yang berkualiti lebih mudah diakses.”
 
Pelan FWD i-Lindung Term Takaful ialah pelan takaful tahunan mampu milik yang boleh diperbaharui secara automatik. Ia menawarkan perlindungan daripada RM10,000 hingga RM200,000, manfaat kematian, dan hilang upaya penuh & kekal (HUPK), pembayaran 200% untuk kematian dan HUPK akibat kemalangan, bayaran berjumlah RM500 sekali gus selepas diagnosis pertama penyakit berjangkit, dan manfaat kematian ihsan sebanyak RM3,000.
 
Menurut data tuntutan FWD Takaful setakat pada Disember 2022, HUPK yang membentuk sekitar 78% daripada semua tuntutan penyakit kritikal terdiri daripada kanser, serangan jantung dan strok. Sehubungan itu, Pelan FWD i-Lindung Critical Illness ialah pelan Penyakit Kritikal (CI) 2-dalam-1 yang boleh diperbaharui secara automatik setiap tahun dan menyediakan perlindungan daripada peringkat awal hingga peringkat lanjut serta kematian. Pelan ini menawarkan perlindungan daripada RM10,000 hingga RM200,000, manfaat kematian akibat semua sebab, dan manfaat CI untuk Karsinoma-in-situ (CIS) atau kanser, serangan jantung, dan strok. Rawatan perubatan utama lain yang dilindungi oleh pelan ini termasuk dialisis, angioplasti, kemasukan ke Unit Rawatan Rapi selama 7 hari, prosedur bukan invasif untuk penyakit jantung, pembedahan kompleks, dan pemindahan organ utama.
 
Pelan ini ditawarkan kepada ahli KWSP berumur 17 tahun dan ke atas melalui aplikasi KWSP i-Akaun yang baru. Sertai kempen ‘Protect with i-Lindung’ dan terima baucar Touch ‘n Go eWallet sehingga RM200 apabila menggunakan kod ‘LINDUNG’ sebelum proses pembayaran sumbangan semasa mendaftar untuk pelan tersebut. Baucar ini telah dikeluarkan  dalam kuantiti terhad dan kempen i-Lindung Bonanza akan kempen ini akan sah selama 2 bulan, bermula dari 7 Februari 2024 dan berakhir pada 31 Mac 2024. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pelan FWD i-Lindung Term Takaful dan Pelan FWD i-Lindung Critical Illness, sila layari https://www.fwd.com.my/direct/i-lindung-epf/. Sebagai alternatif, hubungi 1300 13 7988 atau e-mel contact.my@fwd.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kepentingan perlindungan dan cara anda merealisasikan perancangan kehidupan yang bermakna. Tertakluk pada terma & syarat.

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau layari www.pidm.gov.my atau hubungi FWD Takaful Berhad.

FWD Takaful Berhad ialah ahli PIDM.
 
Tentang FWD Takaful Berhad

FWD Takaful adalah unit perniagaan takaful Kumpulan FWD (“FWD”), perniagaan insurans hayat Asia dengan kira-kira 10 juta pelanggan merentasi 10 pasaran, termasuk beberapa pasaran insurans yang paling pesat berkembang di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2013, FWD menumpukan usaha untuk menjadikan insurans lebih mudah, cepat dan lancar, dengan pembaharuan yang inovatif dan pelan perlindungan yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Melalui pendekatan yang mengutamakan pelanggan ini, FWD komited untuk mengubah pandangan orang ramai terhadap insurans dan takaful.

FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) adalah pengendali takaful di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan takaful keluarga. FWD Takaful dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Layari fwd.com.my.

SUMBER:  FWD Takaful Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Syaima’ Mohd Noor  
Digital & Customer Experience Marketing
Tel: (+60) 18 238 9256
E-mel: syaima.mohdnoor@fwd.com

--BERNAMA

 
Back to Home