Kioxia dan NVIDIA Bekerjasama untuk Memperluaskan Kapasiti Efektif Memori Jalur Lebar Tinggi dengan SSD

Released on: Friday, 27 Nov 2026 2:14PM

SSD Kioxia dan Perisian SCADA NVIDIA Menunjukkan Potensi untuk Memperluaskan Ruang Memori Melebihi 1 PB dan Memproses 2 Trilion Vektor
 
TOKYO, 27 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation, peneraju dunia dalam penyelesaian memori, hari ini mengumumkan kerjasama dengan NVIDIA yang menunjukkan potensi untuk memperluaskan kapasiti efektif memori GPU ke skala petabait menggunakan perisian SCADA NVIDIA yang memanfaatkan prestasi SSD Kioxia bagi menyokong inisiatif Storage-Next NVIDIA. Kerjasama ini turut menunjukkan potensi untuk memproses pangkalan data yang mengandungi 2 trilion vektor pada sistem berskala rak NVIDIA GB200 NVL72 yang dilengkapi dengan 144 SSD NVMe™ E1.S KIOXIA Siri XD8 7.68 TB.

Pertumbuhan pesat set data AI semakin membebankan memori GPU yang tersedia – lazimnya kapasiti memori jalur lebar tinggi (HBM). Pemprosesan set data ini dengan hanya menggunakan HBM mungkin memerlukan beban kerja dibahagikan kepada segmen yang lebih kecil dan data dipindahkan berulang kali antara memori dengan sistem storan yang lebih perlahan. Dengan menggabungkan teknologi perisian NVIDIA SCADA (singkatan bagi Scaled Accelerated Data Access, iaitu perpustakaan perisian yang direka untuk meningkatkan kapasiti efektif memori GPU menggunakan SSD NVMe™, termasuk untuk akses data pada perincian halus menggunakan blok bersaiz kecil) dan teknologi perisian Storage-Next dengan SSD NVMe™ berprestasi tinggi, kerjasama ini menunjukkan satu pendekatan yang membolehkan set data yang lebih besar daripada kapasiti yang dapat ditampung oleh HBM sahaja diakses untuk pemprosesan AI.

Bukti konsep ini menggunakan sistem berskala rak NVIDIA GB200 NVL72 dengan 18 nod pelayan dan 144 SSD NVMe™ E1.S KIOXIA Siri XD8 7.68 TB, yang memberikan kira-kira 1.1 PB kapasiti mentah SSD. Setiap nod menyokong lapan SSD, dan konfigurasi ini menyokong kapasiti memori lanjutan berasaskan denyar hampir 60 TB bagi setiap nod. Sistem ini menyokong capaian 512 bait dan berpotensi menyokong 2 trilion vektor bersaiz 512 bait di seluruh seni bina sistem.(1). Pendekatan ini boleh menyokong pangkalan data vektor berskala besar dan pemprosesan set data besar yang digunakan dalam rangkaian neural graf (GNN).

Kioxia terus membangunkan teknologi SSD berprestasi tinggi, termasuk KIOXIA Siri XD8 semasa dan SSD IOPS Amat Tinggi Siri KIOXIA GP inovatif, bagi memenuhi keperluan AI dan pengkomputeran berprestasi tinggi yang terus berkembang. Bersama NVIDIA, Kioxia terus menilai kebolehlaksanaan teknikal dan prestasi NVIDIA SCADA serta seni bina Storage-Next, sambil meneroka cara untuk memproses set data AI berskala besar dengan lebih cekap.

Nota:
(1) Pengujian bukti konsep yang dijalankan oleh Kioxia dan NVIDIA setakat 26 November 2026.

*Takrif kapasiti SSD: Kioxia Corporation mentakrifkan satu kilobait (KB) sebagai 1,000 bait, satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait, satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait, satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait, satu petabait (PB) sebagai 1 bilion megabait dan satu kibibait (KiB) sebagai 1,024 bait. Walau bagaimanapun, sistem pengendalian komputer melaporkan kapasiti storan menggunakan kuasa dua dengan takrifan 1 GB = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait dan 1 TB = 2^40 bait = 1,099,511,627,776 bait, lalu memaparkan kapasiti storan yang lebih rendah. Kapasiti storan yang tersedia (termasuk contoh pelbagai fail media) akan berbeza-beza bergantung pada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, dan/atau aplikasi perisian yang diprapasang, atau kandungan media. Kapasiti sebenar selepas pemformatan mungkin berbeza-beza.

*NVMe ialah tanda berdaftar atau tidak berdaftar milik NVM Express, Inc. di Amerika Syarikat dan negara lain.
*Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan lain mungkin merupakan tanda dagangan syarikat pihak ketiga.

Maklumat Tentang Kioxia
Kioxia ialah peneraju dunia dalam penyelesaian memori yang menumpukan usaha pada pembangunan, pengeluaran dan penjualan memori denyar serta pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada April 2017, Toshiba Memory, pendahulu Kioxia, dipisahkan daripada Toshiba Corporation, syarikat yang mencipta memori denyar NAND pada tahun 1987. Kioxia komited untuk menjadikan dunia lebih baik dengan “memori” melalui penawaran produk, perkhidmatan dan sistem yang memberikan pilihan kepada pelanggan serta mewujudkan nilai berasaskan memori untuk masyarakat. Teknologi memori denyar 3D inovatif Kioxia, BiCS FLASH™, sedang membentuk masa depan storan dalam aplikasi berketumpatan tinggi, termasuk telefon pintar canggih, PC, sistem automotif, pusat data dan sistem AI generatif.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Contacts

Pertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Jabatan Pengurusan Promosi
Koji Takahata
TEL: +81-3-6478-2404
 
Sumber: Kioxia Corporation

--BERNAMA
Back to Home