Konsortium Diterajui Amerika Syarikat Mengumumkan Perjanjian untuk Mengambil Alih Portfolio Tenaga Global LUKOIL International

Released on: Thursday, 26 Nov 2026 11:00AM

Perjanjian Bersejarah Membawa Aset Tenaga Global yang Kritikal di Bawah Pemilikan Amerika Syarikat dan Negara-negara Sekutunya bagi Memperkukuh Keselamatan Tenaga

NEW YORK, 26 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebuah konsortium yang diterajui Amerika Syarikat hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah memeterai perjanjian muktamad untuk mengambil alih LUKOIL International GmbH (LIG) menerusi transaksi yang bertujuan memastikan aset tenaga global yang kritikal berada di bawah pemilikan Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya. Transaksi ini dirangka untuk menstabilkan operasi aset tenaga di pasaran sedang pesat membangun dan pasaran lain, memperkukuh keselamatan tenaga, menyokong bekalan tenaga yang boleh dipercayai untuk keluarga dan perniagaan di Amerika Syarikat serta mengembalikan berbilion-bilion dolar kepada pembayar cukai negara itu.

Konsortium yang diterajui oleh Eldridge ini turut dianggotai oleh U.S. International Development Finance Corporation (DFC), Catena Investment Holding yang berpangkalan di UAE dan Xtellus Partners.

Aset Tenaga Penting
Pengambilalihan ini akan memindahkan aset minyak dan gas LUKOIL di luar Rusia daripada syarikat induknya di Rusia kepada konsortium yang diterajui Amerika Syarikat. Portfolio ini merangkumi aset di sepanjang keseluruhan rantaian nilai tenaga, daripada medan minyak dan gas huluan kepada loji penapisan, saluran paip serta operasi hiliran di beberapa negara rakan kongsi dan sekutu Amerika Syarikat di Eropah Barat dan Tenggara, Timur Tengah, Asia Tengah, Afrika Utara dan Afrika Sub-Sahara serta Amerika Utara.

Operasi huluan LIG merangkumi 11 negara dan pada masa ini menghasilkan kira-kira 350,000 tong setara minyak sehari. Portfolio ini turut merangkumi tiga loji penapisan, iaitu Burgas di Bulgaria, yang merupakan loji penapisan terbesar di rantau Balkan; Zeeland di Belanda; dan Petrotel di Romania. Ketiga-tiga loji ini mempunyai gabungan kapasiti penapisan kira-kira 350,000 tong sehari dan menyediakan ribuan peluang pekerjaan. Secara keseluruhan, loji-loji tersebut membekalkan produk petroleum, termasuk diesel, kepada negara-negara sekutu Amerika Syarikat di rantau Laut Hitam, Balkan dan Eropah Barat Laut. LIG juga memiliki perniagaan perdagangan antarabangsa (LITASCO) dan lebih 2,000 stesen jualan runcit di 16 negara di Eropah, Amerika Utara dan Asia Tengah.

Terma Transaksi
Transaksi ini tertakluk pada kelulusan bersyarat daripada Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) di bawah Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat. Selain itu, transaksi ini masih tertakluk pada syarat-syarat penyempurnaan transaksi, penyelesaian proses usaha wajar serta kelulusan kawal selia lain yang diperlukan. Setelah transaksi dimuktamadkan, konsortium tersebut akan segera mengutamakan usaha menstabilkan operasi penting, memelihara nilai aset dan pelaburan serta memastikan kesinambungan perniagaan daripada sektor huluan hingga hiliran, termasuk memulihkan operasi loji penapisan kepada kapasiti penuh.

Di bawah terma transaksi yang telah dirundingkan:
 
Citi bertindak sebagai penasihat kewangan utama kepada konsortium tersebut.

Maklumat tentang Eldridge
Todd Boehly ialah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Eldridge, sebuah syarikat pemegangan terpelbagai yang menggaji lebih 15,000 pekerja. Eldridge memiliki sepenuhnya Eldridge Wealth Solutions, yang terdiri daripada Security Benefit, yang diasaskan pada tahun 1892, dan Everly, sebuah syarikat persaraan digital; serta Eldridge Capital Management, sebuah syarikat pengurusan aset alternatif yang mengamalkan pelbagai strategi pelaburan. Sebelum menyertai Eldridge, Boehly merupakan Presiden Guggenheim Partners, tempat beliau mengasaskan perniagaan kredit Guggenheim dan menerajui usaha firma tersebut dalam sektor tenaga. Antara pencapaian penting beliau ialah pelancaran Guggenheim Energy Opportunities Fund pada 2010, yang melabur dalam aset minyak dan gas huluan serta infrastruktur tenaga. Beliau juga merupakan salah seorang pemilik pasukan Los Angeles Dodgers, Los Angeles Lakers, Los Angeles Sparks dan Trent Rockets.

Maklumat tentang U.S. International Development Finance Corporation
U.S. International Development Finance Corporation (DFC), yang ditubuhkan pada 2019 dengan sokongan kedua-dua parti politik utama di bawah pentadbiran Presiden Trump, merupakan cabang pelaburan antarabangsa Kerajaan Amerika Syarikat. DFC menggembleng modal swasta untuk memajukan dasar luar Amerika Syarikat dan pembangunan ekonomi. Pelaburan DFC menjana pulangan yang kukuh kepada pembayar cukai Amerika Syarikat, memacu pembangunan ekonomi yang bermakna bagi negara sekutu dan rakan kongsi serta menjamin keselamatan rantaian bekalan bagi menangkis ancaman dan mengatasi pesaing Amerika Syarikat.

Maklumat tentang Xtellus Partners
Xtellus Partners ialah kumpulan penasihat kewangan dan pelaburan global yang berdedikasi untuk menangani cabaran kewangan yang kompleks serta membuka potensi pertumbuhan dalam pasaran yang kurang mendapat perhatian. Dengan kepakaran dalam pasaran modal global dan khidmat nasihat, perdagangan sekuriti, pengurusan aset serta perdagangan komoditi, Xtellus menyediakan modal dan pandangan strategik untuk memacu kejayaan jangka panjang.

Maklumat tentang Catena Investment Holding
Catena Investment Holding ialah sebuah syarikat pelaburan yang berpangkalan di UAE dan memberikan tumpuan kepada pelaburan dalam sektor tenaga yang sedang berkembang.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Contacts

Hubungan Media
eldridgePR@prosek.com
 
Sumber: Eldridge

--BERNAMA
Back to Home