KIOXIA: Memori Flash XL-FLASH™ Generasi 3 dengan Kependaman Rendah dan Prestasi TinggiPrototaip mencapai purata kependaman bacaan selama 3 mikrosaat
TOKYO, 26 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation, peneraju global dalam penyelesaian memori, hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu akan mempamerkan prototaip teknologi XL-FLASH™ Generasi 3, iaitu memori flash generasi seterusnya dengan kependaman rendah dan prestasi tinggi untuk aplikasi AI, di KIOXIA Forum yang akan berlangsung di Tokyo pada 26 November 2026.
XL-FLASH™ menawarkan kependaman bacaan yang jauh lebih rendah dan ketahanan penulisan yang lebih tinggi berbanding memori flash NAND konvensional. Teknologi ini sedang dibangunkan untuk digunakan sebagai lapisan memori baharu yang merapatkan jurang dari segi prestasi, kapasiti dan kos antara storan dengan DRAM.
Memori flash XL-FLASH™ Generasi 3 memanfaatkan teknologi CMOS directly Bonded to Array (CBA), salah satu ciri utama memori flash 3D BiCS FLASH™ oleh Kioxia, untuk menawarkan ketumpatan bit kira-kira 70% lebih tinggi berbanding memori flash XL-FLASH™ Generasi 2 sambil mengekalkan prestasi tinggi. Teknologi ini juga mencapai purata kependaman bacaan selama 3 mikrosaat, iaitu kurang daripada satu persepuluh kependaman bacaan produk BiCS FLASH™ Generasi 8 TLC
(1). Selain itu, kecekapan tenaga bagi operasi bacaan dalam unit 512 bait meningkat kira-kira 135% berbanding memori flash XL-FLASH™ Generasi 2
(2). Penghantaran sampel untuk penilaian fungsi kepada pelanggan terpilih dijadualkan bermula pada Mac 2027.
Pertumbuhan aplikasi yang memerlukan pemprosesan data secara intensif, termasuk AI generatif, telah mendorong peningkatan pesat permintaan terhadap memori berkapasiti tinggi dalam sistem pengkomputeran. Walau bagaimanapun, penyimpanan sebahagian besar data dalam DRAM menimbulkan cabaran dari segi kapasiti, kos dan penggunaan kuasa. Dengan memanfaatkan kependaman bacaan yang rendah dan kecekapan tenaga XL-FLASH™, seni bina sistem baharu boleh menyimpan data secara bersesuaian berdasarkan kekerapan akses dan keperluan prestasi, sama ada dengan melengkapkan fungsi DRAM atau menggantikan sebahagian daripadanya dengan memori flash. Pendekatan ini akan meningkatkan kapasiti memori dan mengurangkan jumlah kos pemilikan (TCO) sistem dalam pelayan AI, pusat data dan aplikasi lain.
Kioxia akan terus memanfaatkan kelajuan, kecekapan tenaga dan ketahanan XL-FLASH™ sambil meneroka penggunaannya dalam pelbagai aplikasi, termasuk pemacu keadaan pepejal (SSD) dengan operasi input/output sesaat (IOPS) yang sangat tinggi serta modul pengembangan memori yang menyokong Compute Express Link™ (CXL™). Melalui usaha ini, Kioxia menyasarkan untuk mewujudkan lapisan memori baharu yang merapatkan jurang antara DRAM dengan storan konvensional.
| Nota: |
| (1) | | Perbandingan kependaman bacaan berdasarkan pengukuran terhadap produk BiCS FLASH™ Generasi 8 1Tb TLC oleh Kioxia dan prototaip XL-FLASH™ Generasi 3. Berdasarkan ujian dalaman Kioxia. |
| (2) | | Perbandingan kecekapan tenaga bagi operasi bacaan dalam unit 512 bait berdasarkan pengukuran terhadap produk XL-FLASH™ Generasi 2 dan prototaip XL-FLASH™ Generasi 3. Berdasarkan ujian dalaman Kioxia. |
*Compute Express Link dan CXL ialah tanda dagangan Compute Express Link Consortium, Inc.
*Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan lain mungkin merupakan tanda dagangan syarikat pihak ketiga.
*Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan serta maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk pada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Maklumat tentang Kioxia
Kioxia ialah peneraju global dalam penyelesaian memori yang memberikan tumpuan kepada pembangunan, pengeluaran dan penjualan memori flash serta pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada April 2017, syarikat pendahulunya, Toshiba Memory, dipisahkan daripada Toshiba Corporation, iaitu syarikat yang mencipta memori flash NAND pada 1987. Kioxia komited untuk mempertingkat kehidupan masyarakat dunia melalui teknologi “memori” dengan menawarkan produk, perkhidmatan dan sistem yang menyediakan lebih banyak pilihan kepada pelanggan serta mewujudkan nilai berasaskan memori untuk masyarakat. Teknologi memori flash 3D inovatif Kioxia, BiCS FLASH™, sedang membentuk masa depan teknologi storan dalam aplikasi berketumpatan tinggi, termasuk telefon pintar canggih, komputer peribadi (PC), sistem automotif, pusat data dan sistem AI generatif.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20261124343767/en
Hubungi
Pertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Pengurusan Promosi
Koji Takahata
TEL: +81-3-6478-2404
Sumber: Kioxia Corporation
--BERNAMA