MERRY GIFTmas | KKV Group Lancar Kempen Krismas di Enam Negara Asia Tenggara

Released on: Wednesday, 25 Nov 2026 3:38PM

Table
KKV melancarkan kempen Krismas MERRY GIFTmas di seluruh Asia Tenggara.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ditubuhkan di China pada 2019 oleh KK Group, KKV menawarkan pelbagai pilihan produk dalam suasana kedai yang direka untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang menarik. KKV memperkenalkan kempen perayaan MERRY GIFTmas di enam pasaran Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Filipina, melibatkan hampir 150 kedai KKV. Kempen ini akan bermula secara rasmi pada Disember bagi memeriahkan musim beli-belah akhir tahun.

Nama kempen MERRY GIFTmas menggabungkan ucapan “Merry Christmas” dengan perkataan “Gift”. Kempen ini mengetengahkan amalan memilih hadiah yang bermakna untuk keluarga dan rakan-rakan, selaras dengan semangat berkongsi dan kemesraan musim perayaan.

Semua kedai KKV dihiasi dengan pelbagai hiasan bertemakan Krismas bagi menghidupkan suasana perayaan dan mengalu-alukan kunjungan pelanggan untuk membeli-belah. Koleksi baharu edisi terhad Krismas terbahagi kepada dua kategori. Kategori pertama merangkumi barangan hiasan untuk kegunaan sendiri, termasuk hiasan rumah, aksesori pakaian dan pelekat. Kategori kedua pula menampilkan pilihan hadiah Krismas seperti mainan, alat kecantikan, kad ucapan perayaan dan beg hadiah. Koleksi bermusim ini melengkapi produk terlaris KKV dalam lapan kategori utama, antaranya barangan koleksi budaya pop, snek, produk penjagaan kecantikan, alat tulis dan kelengkapan rumah. Pilihan ini memenuhi pelbagai keperluan pelanggan, daripada mencari hadiah dan menghias rumah hinggalah membeli barangan untuk kegunaan sendiri.

Menerusi promosi utama di kedai, “Spend & Win”, KKV menawarkan tuala bertemakan Krismas dan beg tote anyaman dalam kuantiti terhad kepada pelanggan yang membuat pembelian yang layak. Pelanggan yang membuat daftar masuk di media sosial juga layak menyertai cabutan bertuah di kedai KKV terpilih. (Syarat promosi berbeza mengikut pasaran. Hadiah percuma adalah terhad dan tertakluk pada ketersediaan stok.)

“Krismas merupakan sambutan yang amat bermakna bagi pengguna di pasaran antarabangsa. KKV akan memanfaatkan sambutan ini untuk mengeratkan hubungan dan berinteraksi secara lebih dekat dengan pelanggan di seluruh Asia Tenggara,” kata Rojen Wu, Ketua Pegawai Operasi Perniagaan Antarabangsa KKV Group.

Berpegang pada falsafah jenama “100 Lifestyles”, KKV Group mengutamakan pengalaman pelanggan di kedai. Musim perayaan ini, MERRY GIFTmas menggabungkan keseronokan memberi hadiah dengan pengalaman meneroka pilihan di kedai. Pelanggan dijemput mengunjungi kedai KKV berdekatan untuk mencari ilham sempena Krismas dan menikmati pelbagai kejutan.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20261112954861/en 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Contacts
globalmarketing@kkgroup.cn

Sumber: KKV Group 

--BERNAMA 
Back to Home