Xsolla Lancar Quest Builder dan Backpack, Membolehkan Pembangun Permainan Video Memberi Ganjaran kepada Pemain Berupa Item yang Boleh Dikumpul, Dimiliki dan Dihadiahkan

Released on: Wednesday, 18 Nov 2026 4:42PM

Table
Grafik: Xsolla 

Xsolla Memperluas Keupayaan Platform Terasnya dengan Xsolla Quest Builder dan Backpack bagi Membantu Pembangun dan Jenama Memanfaatkan Item Digital untuk Menarik dan Mengekalkan Pemain
 
LOS ANGELES, 18 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla (USA), Inc., sebuah syarikat perdagangan global, hari ini mengumumkan pelancaran Xsolla Quest Builder, alat tanpa kod yang membolehkan pembangun permainan video memberi ganjaran berupa item digital kepada pemain apabila mereka mencapai matlamat yang dijejaki melalui peristiwa dalam permainan. Xsolla turut melancarkan Xsolla Backpack, inventori kekal untuk pemain menyimpan item tersebut. Xsolla Quest Builder membantu pembangun menarik pengguna baharu, meningkatkan kadar pengekalan dan nilai sepanjang hayat pemain, serta memahami perkara yang dihargai dan diingini oleh pemain dalam permainan mereka.

Dalam industri permainan video, pemain mahukan lebih banyak manfaat daripada permainan dan item digital yang mereka peroleh untuk memperkaya pengalaman bermain. Bagi memenuhi kehendak ini dan membantu pembangun menghadapi peningkatan kos untuk mendapatkan pengguna baharu, Xsolla memperkenalkan cara baharu untuk pemain menyelesaikan misi dan seterusnya mengumpul, memiliki serta berkongsi item digital daripada permainan yang mereka mainkan.

Dibangunkan menggunakan infrastruktur perdagangan sedia ada Xsolla, Quest Builder menghubungkan misi yang diselesaikan oleh pemain dengan ganjaran item digital. Ini memberi pemain lebih banyak cara untuk berinteraksi dengan item yang dikumpul daripada permainan kegemaran mereka.

“Sehingga kini, penggunaan item digital biasanya terhad kepada satu permainan sahaja,” kata Chris Hewish, Presiden Xsolla (USA), Inc. “Selalunya, pemain tidak boleh memindahkan skin kepada rakan atau terus mengaksesnya jika permainan itu ditamatkan. Bagi studio pula, nilai sesuatu item sering berakhir selepas jualan atau pemberian pertamanya. Pembangun melaburkan banyak masa dan modal untuk menarik seorang pemain, kemudian menjual item yang akhirnya hanya tersimpan dalam permainan itu tanpa kegunaan lain. Xsolla Quest Builder dan Backpack membuka lebih banyak kemungkinan untuk item tersebut selepas urus niaga selesai. Ini memberi pembangun asas untuk mencipta pengalaman baharu bagi pemain yang berteraskan pengumpulan item, pemberian hadiah dan kesetiaan pemain.”

Item digital disimpan dalam Xsolla Backpack sebagai inventori kekal pemain. Ganjaran misi dan item yang layak daripada pembelian dimasukkan ke dalam Backpack pemain. Xsolla Backpack kini boleh diakses melalui pelayar web pada Android, iOS dan Windows menggunakan akaun yang biasa digunakan oleh pemain. Item digital direka untuk kekal dalam Backpack walaupun permainan yang mengeluarkannya ditamatkan, dan pemain boleh menghadiahkan item tersebut kepada pemain lain. Pemindahan item dikenakan fi rangkaian yang dibayar menggunakan Xsolla Gas. Item yang diurus melalui sistem bahagian belakang (backend) permainan itu sendiri kekal seperti sedia ada dan tidak boleh dipindahkan.

 Xsolla Quest Builder dan Xsolla Backpack menyediakan asas untuk pembangun membina mekanik yang fleksibel bagi menarik pemain secara organik dengan memanfaatkan item inventori yang sudah mereka hasilkan:

· Pemberian hadiah: Item yang dihadiahkan hanya boleh diterima melalui Backpack. Dengan itu, setiap hadiah turut menjadi jemputan untuk menyertai permainan.
· Koleksi: Menawarkan lebih banyak item dan membolehkan pemain menyimpan serta berkongsinya mendorong mereka untuk terus mengumpul item.
· Edisi terhad: Item eksklusif untuk acara tertentu dan item edisi terhad membolehkan pembangun menawarkan barangan koleksi istimewa.
· Item percuma semasa pembayaran: Item percuma yang disertakan dengan pembelian dimasukkan ke dalam Backpack pemain sebagai permulaan koleksi, sekali gus memberi mereka sebab untuk kembali.
· Kesetiaan pemain: Setiap permainan boleh menyediakan program kesetiaan sendiri. Pemain boleh melihat mata mereka dalam Backpack dan menggunakannya hanya dalam permainan berkenaan. Mata tersebut tidak mempunyai nilai tunai.

Apabila digabungkan, mekanik ini boleh menjadikan setiap pembelian sebagai langkah pertama ke arah pembelian seterusnya. Pemberian hadiah dan sasaran pengumpulan item membantu menarik pemain baharu melalui pemain sedia ada, di samping memberi mereka sebab untuk kembali bermain. Apabila pemain menunjukkan item miliknya kepada rakan, mereka boleh menarik pemain baharu tanpa penempatan iklan berbayar. Dengan itu, bajet tersebut dapat terus dimanfaatkan oleh pembangun dan pemain mereka.

Pembaca juga boleh menyelesaikan Xsolla Quest ringkas di xsolla.pro/p1-quest

Apakah itu Xsolla Quest? Xsolla Quest membolehkan pengguna memperoleh item dengan mengikuti beberapa langkah mudah di halaman Xsolla.

Pembangun dan penerbit permainan video serta jenama boleh mula menggunakan Xsolla Quest Builder dan Xsolla Backpack di xsolla.com/backpack-in-pay-station atau meneroka xsolla.com/xsolla-ads . 

Perihal Xsolla

Xsolla ialah syarikat perdagangan global yang membina dan menyediakan semua perkara yang diperlukan oleh pembangun untuk melancarkan, bertumbuh dan mengewangkan permainan video. Beribu pejabat di Los Angeles, California, syarikat menyokong studio pelbagai saiz, daripada yang bebas sehinggalah AAA, dengan penyelesaian merentas perdagangan terus kepada pengguna, pembayaran pintar, IP berdasarkan hiburan dan produk interaksi pemain. Xsolla membantu pembangun mencari dana, mengagihkan, memasarkan dan mengewangkan permainan mereka mengikut skala. Dipercayai oleh lebih 70% daripada 100 permainan jualan laris tertinggi, Xsolla beroperasi sebagai pedagang yang memegang rekod merentas 200+ geografi dengan akses kepada 1000+ kaedah pembayaran tempatan di seluruh dunia. Berlandaskan kepercayaan mendalam kepada masa depan permainan video, Xsolla berazam untuk menghimpunkan peluang bersama dan membuka kunci pertumbuhan untuk pencipta di serata dunia.

 Xsolla Quest Builder dan Xsolla Backpack ditawarkan oleh Xsolla (USA), Inc. (“ Xsolla ”). Item digital, lencana dan mata kesetiaan tidak mempunyai nilai tunai dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau mata wang kripto. Pemindahan item yang layak mungkin dikenakan fi rangkaian. Item digital hanya tersedia di wilayah yang disokong. Perkhidmatan dan produk Web3 Xsolla tidak ditawarkan kepada dan tidak boleh digunakan oleh mana-mana individu atau entiti yang (a) berada atau bermastautin di mana-mana negara, wilayah atau negeri di AS tempat Xsolla mengehadkan akses, (b) tertakluk pada sekatan yang terpakai atau dimiliki atau dikawal oleh pihak yang dikenakan sekatan, atau (c) selainnya dilarang oleh undang-undang tempatan daripada menggunakan perkhidmatan dan produk tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari xsolla.com.

© 2026 Xsolla (USA), Inc. Hak cipta terpelihara.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20261117128292/en
 
Contacts

Hubungan Media untuk Xsolla (USA)
Derrick Stembridge
Naib Presiden Perhubungan Awam Global, Xsolla (USA), Inc.
d.stembridge@xsolla.com
 
Sumber: Xsolla (USA), Inc. 

--BERNAMA 
Back to Home