FPT Dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Rakan Kongsi Terbaik Microsoft Malaysia 2026

Released on: Wednesday, 18 Nov 2026 3:49PM

Table
FPT Dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Rakan Kongsi Terbaik Microsoft Malaysia 2026


KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- FPT hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu memenangi anugerah Rakan Kongsi Terbaik Microsoft Malaysia 2026. FPT menerima pengiktirafan itu dalam kalangan rakan kongsi terkemuka Microsoft dari seluruh dunia atas kecemerlangannya dalam menghasilkan inovasi dan melaksanakan penyelesaian pelanggan berasaskan teknologi Microsoft.

“Pengiktirafan di Malaysia ini mencerminkan kerjasama FPT dengan Microsoft yang semakin kukuh. Kerjasama itu kini melangkaui pasaran individu untuk menyokong transformasi AI dalam kalangan perusahaan di seluruh Asia dan di peringkat global. Fasa AI yang seterusnya akan ditentukan oleh sejauh mana organisasi dapat beralih daripada sekadar menggunakan teknologi kepada merangka semula cara mereka beroperasi, berinovasi dan menjana nilai. Bersama-sama, kami menyasarkan agar peralihan ini melahirkan model operasi baharu, membuahkan hasil yang boleh diukur dan memacu pertumbuhan mampan bagi perusahaan secara meluas,” kata Frank Bignone, Naib Presiden Kanan dan Ketua Strategi dan Pertumbuhan Korporat di FPT Software, FPT Corporation.

Anugerah Rakan Kongsi Terbaik Microsoft memberi penghargaan kepada rakan kongsi yang mencapai hasil cemerlang untuk pelanggan menerusi Microsoft Cloud, AI, perkhidmatan dan peranti. Pemenang dan finalis tahun ini dipilih daripada lebih 4,500 pencalonan yang dikemukakan dari seluruh dunia, merangkumi pelbagai kategori dan rantau. FPT diiktiraf atas penyelesaian dan perkhidmatan cemerlang yang disediakannya di Malaysia.

Anugerah ini menyerlahkan peranan FPT dalam membantu perusahaan melangkah daripada penggunaan teknologi awan dan AI kepada transformasi perniagaan yang lebih menyeluruh. Seiring dengan penggunaan AI yang semakin meluas dalam cara organisasi bekerja, FPT terus membantu mereka beralih kepada model Frontier Firm, yang memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan ketangkasan operasi dan menjana nilai jangka panjang.

Pencapaian ini meneruskan perkembangan kerjasama strategik FPT dengan Microsoft. Pada Jun 2026, kedua-dua syarikat memperluas kerjasama mereka untuk memacu inovasi AI Frontier di seluruh Asia. Pendekatan ini turut diterapkan dalam model penyampaian FPT menerusi FPT Digital Foundry™, yang menggabungkan AI berasaskan ejen dengan tadbir urus yang teratur serta penyampaian berasaskan hasil, supaya teknologi baharu dapat menghasilkan impak yang boleh diukur bagi perusahaan.

Kerjasama FPT dengan Microsoft bermula pada 1990-an, daripada pembangunan sistem sektor awam dalam bidang percukaian, kastam, penjagaan kesihatan dan kerajaan elektronik hinggalah kepada pemodenan perusahaan berskala besar. Kini, FPT mempunyai lebih 3,000 jurutera yang diperakui Microsoft, dengan kepakaran dalam bidang AI, pembelajaran mesin dan keselamatan pada Microsoft Azure.

"Tahniah kepada para pemenang dan finalis Anugerah Rakan Kongsi Terbaik Microsoft Malaysia 2026,” kata Nicole Dezen, Ketua Pegawai Perkongsian dan Naib Presiden Korporat di Microsoft. “Penerima pengiktirafan tahun ini memanfaatkan Microsoft Cloud dan AI untuk menyediakan penyelesaian yang membawa perubahan besar, membantu pelanggan mencapai kejayaan dengan lebih pantas dan membuka lebih banyak kemungkinan. Daya cipta mereka dan impak yang dihasilkan memberi inspirasi kepada kami serta memperlihatkan apa yang boleh dicapai apabila visi yang berani digandingkan dengan teknologi untuk memperkasakan organisasi di seluruh dunia.”

Anugerah Rakan Kongsi Terbaik Microsoft 2026 diumumkan menjelang Microsoft Ignite, yang akan berlangsung di San Francisco dari 17 hingga 20 November. Maklumat lanjut mengenai anugerah tahun 2026 boleh didapati di blog Microsoft Partner: https://aka.ms/2026POTYA_Announcement. Senarai lengkap kategori, pemenang dan finalis boleh didapati di https://aka.ms/2026POTYA.

Maklumat tentang FPT

FPT Corporation (FPT) ialah penyedia teknologi dan perkhidmatan teknologi maklumat (IT) terkemuka di dunia yang beribu pejabat di Vietnam, dengan operasi di lebih 30 negara dan wilayah. Selama hampir empat dekad, FPT secara konsisten menyediakan penyelesaian yang membawa impak kepada jutaan individu dan puluhan ribu organisasi di seluruh dunia. Dengan memberi tumpuan kepada penguasaan teknologi strategik, FPT terus memacu inovasi merentas industri. Sebagai syarikat yang mengutamakan AI, FPT komited untuk memperkukuh kedudukan Vietnam dalam landskap teknologi global dan menyediakan penyelesaian bertaraf dunia yang memanfaatkan AI kepada perusahaan di seluruh dunia. FPT mencatatkan jumlah hasil sebanyak USD2.66 bilion bagi tahun kewangan 2025 dan mempunyai tenaga kerja yang diperkasa dengan AI, termasuk lebih 37,000 jurutera.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://fptsoftware.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: 
ttps://www.businesswire.com/news/home/20261111910846/en

Contacts

Hubungan Media
Mai Duong (Cik)
FPT Corporation
Pengurus PR di FPT Software
MCP.PR@fpt.com
 
Sumber: FPT Corporation

--BERNAMA
Back to Home