Yayasan AmGroup dengan bangganya memperbaharui tajaan unta di Zoo Negara dengan komitmen tajaan berjumlah RM59,800, serta diberi penghormatan untuk menamakan tiga ekor unta – Aman, Amal, dan Amanee. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Shazman Shahid, Ketua Komunikasi Korporat & Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank (kiri), bersama Dato’ Sr. Zaharin Md Arif, Presiden Zoo Negara (tengah), dan Datuk Rosly @ Rahmat Ahmat Lana, Timbalan Presiden Zoo Negara (kanan)KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Yayasan AmGroup telah mengesahkan semula komitmennya terhadap pemuliharaan hidupan liar dengan memperbaharui tajaan unta di Zoo Negara melalui sumbangan berjumlah RM59,800 bagi tahun ini, serta menamakan tiga ekor unta tersebut sebagai
Aman, Amal, dan
Amanee. Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan Yayasan AmGroup terhadap kebajikan haiwan, pemuliharaan biodiversiti, dan perlindungan hidupan liar, selaras dengan usaha lebih luas yayasan tersebut untuk menyokong kelestarian alam sekitar serta memelihara alam semula jadi demi generasi akan datang.
Bagi memberi inspirasi kepada generasi pelindung alam yang seterusnya, para pelajar dari SK Desa Tasik telah berpeluang menyertai pengalaman berkhemah semalaman yang menarik di Zoo Negara. Program ini termasuk aktiviti berjalan pada waktu malam yang menawarkan peluang unik untuk meneroka dunia hidupan liar nokturnal yang mempesonakan. Melalui inisiatif ini, Yayasan AmGroup berharap dapat mencetuskan rasa ingin tahu, memupuk sifat belas ihsan terhadap haiwan, serta memberi inspirasi kepada golongan muda untuk menjadi pejuang pemuliharaan hidupan liar pada masa hadapan - kerana usaha melindungi alam semula jadi bermula dengan memberi inspirasi kepada generasi akan datang.
Sumber: AmBank Group
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Ridzuan Zulkifli
Senior Vice President
Group Corporate Communications and Marketing
E-mel: ridzuan.zulkifli@ambankgroup.com
Media Relations team
E-mel: media.relations@ambankgroup.com
--BERNAMA