Carbon Measures Membuka Pejabat di Singapura dan Melancarkan Projek Perintis Pertama di Negara Itu untuk Memajukan Usaha Penyahkarbonan Industri dalam Sektor yang Sukar Dikurangkan Pelepasan Karbonnya

Released on: Monday, 16 Nov 2026 1:48PM

Table
Carbon Measures membuka pejabat di Singapura dan melancarkan projek perintis pertama di negara itu untuk memajukan penyahkarbonan industri dalam sektor yang sukar dikurangkan pelepasan karbonnya.



ANTALYA, Turkiye, 16 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, di COP31, Carbon Measures mengumumkan pembukaan pejabatnya di Singapura dengan sokongan daripada Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB).

Pejabat Singapura akan berfungsi sebagai hab Asia Pasifik Carbon Measures, memperluaskan kepakaran teknikal dan keupayaan pengetahuannya serta memperkukuhkan penglibatan dengan pihak berkepentingan utama di seluruh rantau ini. Pejabat ini akan menumpukan pada usaha memajukan dasar penyahkarbonan industri bagi sektor yang sukar dikurangkan pelepasan karbonnya, dengan menghimpunkan syarikat, organisasi bukan untung, institusi akademik dan rakan kongsi lain untuk memberi panduan bagi pembangunan dan pelaksanaan projek perintis tersebut.

“Kami mengalu-alukan pembukaan pejabat pertama Carbon Measures di rantau ini. Pelaksanaan projek perintis bagi pendekatan baharu untuk perakaunan karbon pada peringkat produk akan mewujudkan lebih banyak peluang kerjasama dengan ekosistem perindustrian Singapura serta menggalakkan syarikat melabur dalam dan menghasilkan produk rendah karbon. Kehadiran Carbon Measures juga akan membantu membangunkan kepakaran khusus dalam perakaunan karbon dan mewujudkan peluang pekerjaan yang baik untuk rakyat Singapura,” kata Lim Wey-Len, Naib Presiden Eksekutif EDB.

Permulaan Projek Perintis Pertama di Negara Ini 

Projek perintis sulung ini akan menumpukan pada pelaksanaan perakaunan karbon pada peringkat produk dan piawaian keamatan karbon (CI) pada peringkat produk dalam sektor bahan api marin. Projek ini akan menguji metodologi perakaunan tersebut di sepanjang rantaian nilai—daripada pengeluaran hingga pembakaran—untuk menilai cara maklumat karbon boleh diukur, dijejaki dan dipindahkan, serta cara penyelesaian rendah karbon dapat menyumbang kepada pengurangan pelepasan dan pertumbuhan ekonomi. Gas Asli Cecair Bio akan menjadi produk pertama yang diuji, dengan perkapalan marin sebagai kes penggunaan awal.

Sebagai sebahagian daripada projek perintis ini, kami juga akan menguji cara teknologi dapat memainkan peranan dalam menyokong pengiraan, pengesahan dan pemindahan maklumat karbon pada peringkat produk di setiap peringkat rantaian nilai.

Tumpuan utama adalah untuk meneroka cara data perakaunan pelepasan dapat dihubungkan dengan nilai keamatan karbon pada peringkat produk yang telah disahkan, yang direka untuk menjadi asas kontrak komersial dan mampu bertahan di bawah penelitian pihak kawal selia. Projek perintis ini juga akan menilai cara pendekatan ini dapat memudahkan penjanaan data karbon pada peringkat produk serta menjadikannya lebih mudah diakses oleh syarikat tanpa mengira saiz.

Dengan menjalankan ujian ini di sepanjang rantaian bekalan, projek perintis ini akan membantu mengenal pasti peluang dari segi metodologi dan pelaksanaan untuk memudahkan penerimaan dasar secara meluas merentasi pasaran, bidang kuasa dan kategori produk, meningkatkan kesalingoperasian antara sistem perakaunan karbon, memperkukuhkan insentif ekonomi bagi produk rendah karbon, serta membina asas bagi pembezaan produk dan dasar penyahkarbonan industri.

Carbon Measures akan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan di Singapura, yang masing-masing membawa perspektif tersendiri dan bebas untuk memahami cara maklumat karbon dapat diukur dan dipindahkan daripada pengeluaran hingga transaksi:
 
"Penciptaan bersama pelbagai pihak berkepentingan, penyertaan industri dan penglibatan langsung kerajaan amat penting untuk membangunkan sistem yang berfungsi merentasi rantaian bekalan global. Susulan komitmen kami yang dinyatakan dalam Laporan Hasil Agenda Tindakan Iklim Global COP30 untuk memajukan sistem perakaunan pelepasan karbon global berasaskan prinsip perakaunan kewangan, kami kini mengambil langkah di COP31 untuk meneroka cara pendekatan ini dapat dilaksanakan secara praktikal,” kata Amy Brachio, Ketua Pegawai Eksekutif Carbon Measures . “Projek perintis pertama di Singapura ini memberi kami peluang untuk menghimpunkan industri, organisasi bukan untung dan kerajaan bagi menguji cara piawaian keamatan karbon pada peringkat produk dapat berfungsi secara praktikal. Pembelajaran yang diperoleh akan menyumbang kepada pembangunan sistem yang dapat membezakan produk rendah karbon dengan tepat dan akhirnya mewujudkan keadaan yang membolehkan penyahkarbonan industri secara besar-besaran.” 

“Kita telah mengambil masa bertahun-tahun membincangkan sasaran iklim. Sekarang kita perlu menunjukkan pendekatan yang berkesan dan memperluaskan pelaksanaannya,” kata Ricardo Mussa, Pengerusi Global SB COP “Sektor swasta mempunyai pengetahuan, teknologi dan keupayaan untuk merealisasikan aspirasi iklim melalui penyelesaian praktikal. Kerjasama kami dengan Carbon Measures, bermula dengan projek perintis di Singapura, merupakan peluang untuk memanfaatkan kepakaran perniagaan dalam tindakan nyata, memberikan input bagi penggubalan dasar awam yang berkesan dan menunjukkan bahawa penyahkarbonan dan daya saing ekonomi dapat bergerak seiring.”

Projek Perintis Singapura ini merupakan yang pertama daripada beberapa pelan Carbon Measures untuk dilaksanakan merentasi pelbagai negara dan kategori produk di seluruh dunia. Pembelajaran daripada projek perintis ini akan membantu memajukan pendekatan perakaunan karbon pada peringkat produk yang saling beroperasi di peringkat global dan membantu memberikan input bagi metodologi global untuk melaksanakan piawaian keamatan karbon pada peringkat produk.

Maklumat tentang Carbon Measures 

Carbon Measures ialah gabungan global perniagaan merentasi pelbagai industri yang komited untuk mengurangkan pelepasan karbon dengan menyelaraskan insentif pasaran dengan tindakan yang diperlukan untuk memacu impak secara besar-besaran. Gabungan ini bertujuan untuk mempercepatkan inovasi dengan membangunkan rangka kerja perakaunan karbon pada peringkat produk yang diterima pakai di peringkat global dan menyokong pelaksanaan piawaian mandatori bagi keamatan karbon produk. Secara bersama, usaha ini dirangka untuk menjana permintaan pasaran yang berkekalan bagi produk rendah karbon. Berasaskan sains yang kukuh dan prinsip perakaunan kewangan, rangka kerja ini akan membolehkan kerajaan menetapkan dasar yang lebih berkesan, membantu perniagaan membezakan produk mereka dan memperkasakan pasaran untuk memacu persaingan yang menghasilkan pengurangan pelepasan yang bermakna.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20261112827071/en

Contacts

media@carbonmeasures.org 

Sumber: Carbon Measures

--BERNAMA
 
Back to Home