HTC VIVERSE Mengumumkan Hackathon Universiti Global “VIVERSE Spark 2026” yang Menawarkan Hadiah Wang Tunai

Released on: Thursday, 12 Nov 2026 12:05PM

VIVERSE Spark kembali berlangsung dari 9 November hingga 4 Disember, mengundang pelajar universiti dari seluruh dunia untuk membangunkan permainan dan bersaing merebut hadiah wang tunai

BERKELEY, California, 12 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- VIVERSE, platform pengedaran permainan berasaskan web milik HTC, hari ini mengumumkan penganjuran semula hackathon universiti globalnya, VIVERSE Spark. Pertandingan yang berlangsung dari 9 November hingga 4 Disember 2026 ini mengundang pelajar universiti dari seluruh dunia untuk merealisasikan idea kreatif mereka melalui pembangunan permainan dan pengalaman interaktif, dengan hadiah wang tunai ditawarkan kepada pasukan yang menang.

Susulan penganjuran pertandingan pada tahun 2025, VIVERSE Spark 2026 sekali lagi mencabar pelajar untuk membangunkan kandungan interaktif berasaskan web dalam tiga kategori penyertaan, iaitu Permainan, Penceritaan Imersif dan Pengalaman Sosial. Melalui pengalaman praktikal dalam penciptaan kandungan 3D, pelajar berpeluang membangunkan kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam dunia pekerjaan, mempamerkan kreativiti serta mempersiapkan diri untuk peluang kerjaya dalam pembangunan permainan, media digital dan teknologi imersif.

Sebagai platform berasaskan web, VIVERSE memudahkan pelajar daripada pelbagai latar belakang teknikal dan tahap pengalaman untuk mengedarkan kandungan interaktif. Platform ini menyokong semua enjin utama yang serasi dengan WebXR, termasuk Unity WebGL, Godot, Three.js, Babylon.js, React Three Fiber, Wonderland Engine dan A-Frame. Permainan yang dibangunkan melalui VIVERSE boleh diakses dengan mudah menerusi pelayar web pada komputer peribadi, telefon pintar, tablet dan set kepala realiti lanjutan (XR), tanpa memerlukan pemasangan perisian.

“VIVERSE Spark bertujuan memberikan kebebasan kepada pelajar untuk bereksperimen, bekerjasama dan mengubah idea mereka menjadi pengalaman yang boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia menerusi pelayar web,” kata Andranik Aslanyan, Ketua Pertumbuhan VIVERSE. “Kami menyaksikan begitu banyak kreativiti dalam hackathon universiti pertama kami pada tahun lalu. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan generasi baharu pencipta dalam kalangan pelajar dan memberikan mereka peluang untuk membangunkan kemahiran kerjaya yang bernilai, membina portfolio serta memenangi hadiah.”

Pelajar boleh menyertai pertandingan secara berpasukan dengan satu hingga lima ahli daripada universiti yang sama. Setiap institusi dibenarkan menghantar lebih daripada satu pasukan. Penyertaan akan dinilai berdasarkan kreativiti, reka bentuk persekitaran, kecekapan teknikal, pengalaman pengguna dan penglibatan pengguna.

Pertandingan ini berlangsung dari 9 November hingga 4 Disember 2026, diikuti proses penjurian dari 7 hingga 18 Disember. Pemenang akan diumumkan pada awal Januari 2027.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai VIVERSE Spark 2026 dan mendaftar sebagai peserta, layari laman web pertandingan. Pelajar dan pihak universiti yang berminat untuk menyertai pertandingan ini juga boleh menghubungi viversespark@htc.com atau menyertai pelayan Discord VIVERSE.

Ikuti saluran media sosial VIVERSE untuk mendapatkan perkembangan dan pengumuman terkini mengenai hackathon ini:
X: VIVERSE Official (@VIVERSEofficial) di X
Instagram: https://www.instagram.com/viverseofficial/
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/viverse/
YouTube: https://www.youtube.com/@VIVERSEOfficial

Maklumat tentang VIVERSE

VIVERSE ialah platform permainan dan kandungan berasaskan web yang membolehkan pemain mengakses ribuan permainan serta-merta menerusi komputer, peranti mudah alih dan realiti maya (VR). Platform ini juga menyediakan ruang terbuka kepada pencipta kandungan dan perniagaan untuk membangunkan serta berkongsi pengalaman 3D mereka sendiri, daripada permainan hinggalah kepada persekitaran yang direka khas mengikut identiti jenama. Untuk maklumat lanjut, layari laman web VIVERSE di www.viverse.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

vivepr@htc.com
 
Sumber: HTC VIVERSE

--BERNAMA
Back to Home