SGCA Mengiktiraf Kecemerlangan Komunikasi di Seluruh Asia, Eropah dan Dunia Arab

Released on: Thursday, 05 Nov 2026 10:14AM

Table

SGCA mengiktiraf kecemerlangan komunikasi di seluruh Asia, Eropah dan dunia Arab (Foto: AETOSWire) 

 
SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 5 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sheikh Dr. Sultan bin Ahmed bin Sultan Al Qasimi, Timbalan Pemerintah Sharjah merangkap Pengerusi Majlis Media Sharjah, telah menyampaikan penghormatan kepada para pemenang Anugerah Komunikasi Kerajaan Sharjah (SGCA) Kali Ke-13 yang dianjurkan oleh Biro Media Kerajaan Sharjah (SGMB).

Para pemenang mewakili China, India, Thailand, Ukraine dan negara-negara Arab. Sebanyak 433 penyertaan dari 31 negara merentasi empat benua telah melepasi peringkat saringan awal. Anugerah tersebut merangkumi 23 kategori dalam lima sektor, termasuk enam anugerah kerjasama.

Tuan Yang Terutama Tariq Saeed Allay, Ketua Pengarah SGMB menekankan perkembangan anugerah tersebut hasil cetusan visi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sheikh Dr. Sultan bin Mohammed Al Qasimi, Ahli Majlis Tertinggi merangkap Pemerintah Sharjah. Beliau turut memaklumkan bahawa anugerah tersebut telah menerima lebih daripada 9,500 penyertaan dalam tempoh lima tahun. Beliau juga menegaskan peranan kerjasama antarabangsa dalam memperkasakan amalan komunikasi serta mewujudkan impak bermakna terhadap individu, institusi dan masyarakat.

Anugerah Antarabangsa dan Anugerah Rakan Kerjasama

Anugerah Rakan Kerjasama mengiktiraf Macao University of Science and Technology dari China bagi kategori Kecemerlangan dalam Penglibatan Komuniti Digital; Haqdarshak Empowerment Solutions dari India bagi kategori Komunikasi Terbaik Berteraskan Kecerdasan Buatan (AI) untuk Impak Sosial; Thai Health Promotion Foundation dari Thailand bagi kategori Amalan Komunikasi Terbaik dalam Menangani Kemajuan Pembangunan; serta Kyiv Digital dari Ukraine bagi kategori Inisiatif Komunikasi Kerajaan yang Inovatif dan Berdaya Tahan.

Inisiatif Zoud dari UAE memenangi kategori Kerjasama Awam-Swasta Terbaik dalam Komunikasi, manakala Brigedier Jeneral Juruterbang AbdulNasir Al Humaidi, jurucakap Kementerian Pertahanan UAE, menerima pengiktirafan bagi kategori Kepimpinan Cemerlang dalam Komunikasi Kerajaan dan Strategik.

Kecemerlangan Kerajaan dan Institusi

Dalam kalangan penerima anugerah daripada sektor kerajaan, Sharjah Youth menerima anugerah bagi kategori Kempen Terbaik yang Memberi Impak Positif terhadap Kesedaran dan Amalan Belia; Jabatan Pembangunan Komuniti Abu Dhabi bagi kategori Program Komunikasi Terbaik yang Menyokong Projek Baharu dan Golongan Belia; Polis Sharjah bagi kategori Anugerah Komunikasi Cemerlang demi Kualiti Hidup yang Lebih Baik; Kementerian Kewangan UAE bagi kategori Inovasi Terbaik dalam Komunikasi Bersepadu; dan Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan, Krisis dan Bencana Kebangsaan bagi kategori Strategi Komunikasi Krisis Terbaik.

Anugerah Kandungan Media dan Komunikasi Terbaik bagi kategori kerajaan dan organisasi serta sektor swasta masing-masing diberikan kepada Kementerian Ekonomi dan Pelancongan UAE dan Egypt Oil & Gas. Sementara itu, anugerah Inisiatif Komunikasi Inovatif Terbaik bagi Pemerkasaan Komuniti bagi kategori yang sama masing-masing diberikan kepada Pihak Berkuasa Pembangunan Komuniti Dubai dan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Kementerian Kebudayaan UAE dan Kalimat Foundation masing-masing memenangi kategori Komunikasi Kreatif Terbaik yang Menyasarkan Kanak-kanak dan Remaja bagi kategori kerajaan dan organisasi serta sektor swasta. Pejabat Media Kerajaan UAE menerima anugerah bagi kategori Kempen Terbaik yang Mempromosikan Identiti Emiriah; House of Wisdom bagi kategori Kempen Terbaik yang Mempromosikan Identiti Budaya dan Bahasa Arab; manakala Kementerian Perubahan Iklim dan Alam Sekitar menerima anugerah bagi kategori Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) Terbaik dalam Komunikasi Kerajaan dan Institusi.

Anugerah Individu dan Cabaran Inovasi

Basmat Nour Association dari Mesir memenangi kategori Inisiatif Belia Terbaik dalam Komunikasi, manakala Leftenan Kolonel Salem Mohammed bin Ali dari Direktorat Am Identiti dan Hal Ehwal Warga Asing Dubai menerima anugerah Jurucakap Rasmi Terbaik. Dr. Himanshu Grover, Dr. Neeharika Kushwaha, Dr. Nahla Shireen dan Dr. Varkki Pallathucheril pula memenangi kategori Penyelidikan Terbaik dalam Sains Komunikasi.

Anugerah Peneraju Perubahan Terbaik dalam Kandungan Digital diberikan kepada Youssef Karam dari UAE bagi kategori bawah 18 tahun dan Meryem Derni dari Maghribi bagi kategori 18 tahun ke atas. Projek Sanad dari Universiti Khalifa memenangi Cabaran Universiti, manakala Shaheen memenangi Cabaran Kemahiran Kecerdasan Buatan (AI).

Anugerah Juri dan Pengiktirafan Khas

Yayasan Mohamed bin Zayed untuk Kemanusiaan menerima anugerah bagi kategori Impak Global melalui Kuasa Lembut, manakala Abdulrahman bin Mohammed Al Owais, Menteri Hal Ehwal Majlis Persekutuan Kebangsaan, menerima anugerah Tokoh Arab Terbaik dengan Impak Sosial Positif. Kementerian Pertahanan UAE turut menerima pengiktirafan khas yang diwakili oleh Setiausaha Rendahnya, Leftenan Jeneral Ibrahim Nasser Al Alawi.

Sumber: AETOSWire

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20261103972039/en

Hubungi
Hussain AlMulla
Hussain.AlMulla@SGMB.ae
 
Sumber: Sharjah Government Media Bureau

--BERNAMA
Back to Home