Bahan SuperElastic* Diperkenalkan oleh Angelalign

Released on: Wednesday, 04 Nov 2026 9:58AM


Bahan Penjajar Jernih Baharu yang Dipertingkatkan Memberikan Kawalan Lebih Baik kepada Pakar Ortodontik 

SAN CLEMENTE, Calif., 4 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Angelalign Technology Inc. (6699.HK) (“Angel”) http://www.angelaligner.com, peneraju global dalam industri penjajar jernih, hari ini memperkenalkan SuperElastic (MC-SE*), bahan penjajar proprietari baharu yang menawarkan peningkatan prestasi yang ketara berbanding bahan yang digunakan sebelum ini.

Pakar ortodontik telah sekian lama mengharapkan bahan penjajar baharu yang dapat memberikan hasil rawatan yang lebih baik bagi kes-kes kompleks dengan ciri-ciri seperti tahap daya yang selamat dari segi biologi, julat kerja elastik yang luas serta kekuatan dan ketahanan yang tinggi. MC-SE* menawarkan kesemua ciri tersebut.

“Angel sentiasa komited terhadap inovasi dan tidak pernah berpuas hati dengan sekadar mencapai tahap yang 'cukup makan' sahaja. MC-SE* merupakan hasil daripada penyelidikan bahan, pengujian dan pengoptimuman proses pembuatan selama tujuh tahun. Bahan baharu ini dibangunkan dengan matlamat untuk menghasilkan generasi baharu bahan penjajar yang membolehkan pakar ortodontik membezakan kaedah rawatan mereka daripada kaedah rawatan yang lain,“ kata Fox Hu, Ketua Pegawai Eksekutif Angel.

MC-SE akan tersedia di seluruh dunia setelah memperoleh kelulusan pendaftaran yang sewajarnya.

Bahan Baharu untuk Kes Kompleks 

Bahan penjajar jernih menentukan tahap konsistensi daya yang dikenakan pada gigi, keupayaannya mengekalkan bentuk sepanjang tempoh pemakaian serta tahap keselesaan pesakit.

Bahan sedia ada Angel ialah polimer lembut berbilang lapisan berasaskan PETG, yang direka untuk memberikan daya yang lembut tetapi tahan lama. MC-SE menggunakan bahan yang berbeza dengan penambahbaikan yang ketara, seperti berikut:

· Daya yang Lembut dan Konsisten: direka bentuk untuk memberikan daya berterusan pada tahap yang selamat dari segi biologi sepanjang tempoh pemakaian.
· Julat Keanjalan yang Lebih Luas: boleh dibengkokkan dan diregangkan dengan lebih jauh berbanding bahan konvensional, kemudian kembali kepada bentuk asalnya, sekali gus membuka peluang baharu dalam rawatan klinikal.
· Pemulihan Keanjalan yang Unggul: Dalam ujian lenturan tiga titik pada terikan sebanyak lapan peratus, MC-SE kembali kepada bentuk rata asalnya. Sebaliknya, sampel PETG yang biasa digunakan dan bahan sedia ada Angel kekal dalam keadaan bengkok yang ketara.
· Kekuatan Struktur dan Ketahanan: Lapisan poliamida gred perubatan dalam struktur berbilang lapisan MC-SE memberikan kekuatan dan ketahanan tambahan.

Diilhamkan oleh Amalan Klinikal dalam Bidang Kepakaran Ortodontik 

Dawai arka nikel-titanium (NiTi), yang menjadi pilihan pakar ortodontik kerana keupayaannya menghasilkan daya berterusan pada tahap rendah, telah menjadi standard penjagaan dalam rawatan menggunakan dawai dan pendakap gigi. Angel berbesar hati untuk meneruskan tradisi ini dengan memperkenalkan MC-SE, yang membawa ciri-ciri tersebut ke dalam sistem penjajar jernih.

Peningkatan prestasi yang ketara ini dicapai melalui penggabungan poliamida gred perubatan ke dalam bahan penjajar. Keluarga bahan poliamida, yang merangkumi Kevlar dan nilon, digunakan dalam aplikasi ekstrem yang memerlukan keanjalan, kekuatan dan ketahanan yang tinggi. MC-SE menggabungkan ciri-ciri tersebut ke dalam bahan penjajar inovatif yang baharu.

Penggunaan poliamida gred perubatan dalam pembuatan penjajar membuka peluang rawatan yang menarik. Angel akan terus membangunkan teknologi ini sebagai platform bahan dengan pelbagai variasi bagi menghasilkan kesan daya yang berbeza-beza.

“Inovasi Angel mengambil kira maklum balas pakar ortodontik dan menganalisis hasil rawatan bagi setiap kes. Pakar klinikal sering mengemukakan kepada kami pelbagai kes yang kompleks,” kata Richard Hirschland, Ketua Pegawai Komersial merangkap Naib Presiden Kanan Angel dan SVP. “Bahan penjajar merupakan asas bagi setiap rawatan. MC-SE menyediakan asas yang lebih kukuh untuk dimanfaatkan oleh pakar ortodontik. Ia menepati prinsip angelButtonTM , A6 Mandibular Advancement dan Pressure Points sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk terus membangunkan penyelesaian klinikal bagi pakar ortodontik.”

Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila layari www.angelaligner.com.

* MC-SE akan tersedia setelah kelulusan pendaftaran yang sewajarnya diperoleh. Pendaftaran cap dagangan juga masih dalam proses

Mengenai Angelalign Technology Inc. 

Ditubuhkan pada tahun 2003 dan disenaraikan secara awam sejak tahun 2021, Angelalign Technology Inc. menyediakan penyelesaian penjajar jernih kepada golongan profesional yang mengutamakan aspek klinikal serta pesakit di lebih 60 negara. Dengan jumlah kes terkumpul yang telah melebihi dua juta dan permodalan pasaran kira-kira USD2 bilion, syarikat ini memberikan tumpuan kepada inovasi klinikal dan sokongan profesional bagi membantu pakar mencapai hasil rawatan yang luar biasa. Operasi globalnya yang mantap serta pelaburan berterusan dalam inovasi mencerminkan komitmen jangka panjang syarikat terhadap pakar ortodontik dan pesakit mereka. Ketahui lebih lanjut di angelaligner.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20261102654659/en 
 
Hubungi

Hubungan Media
Sue Kolb
Angelalign Technology Inc.
sue.kolb@angelaligner.com 

SUMBER : Angelalign Technology Inc.

--BERNAMA
Back to Home