UOB Malaysia perkasa lebih 13,000 pelajar dengan kemahiran digital dan AI melalui program utama baharu, UOB My Digital Space

Released on: Monday, 02 Nov 2026 4:16PM

Table
Datuk Ng Wei Wei, CEO, UOB Malaysia


Program ini memuncak dalam Cabaran Inovasi Digital, menyokong aspirasi Malaysia melahirkan tenaga kerja berkemahiran digital
 
KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Nov (Bernama) -- UOB Malaysia hari ini mengadakan acara kemuncak Cabaran Inovasi Digital UOB My Digital Space (MDS), sekali gus melabuhkan tirai inisiatif pendidikan digital utama Bank yang dilancarkan di Malaysia tahun ini.[1] Program ini menegaskan komitmen UOB Malaysia untuk membangunkan bakat yang bersedia menghadapi masa depan, dengan membekalkan golongan muda kemahiran digital, kecerdasan buatan (AI), dan inovasi yang diperlukan untuk maju dalam dunia yang semakin dipacu teknologi.
 
Sejak dilancarkan, program ini menyaksikan penglibatan lebih 13,000 pelajar di seluruh negara melalui gabungan pembelajaran dalam talian dan bengkel secara bersemuka. Melalui siri modul pembelajaran interaktif, pelajar berumur antara 10 hingga 16 tahun telah membangunkan keupayaan dalam literasi digital, AI, pemikiran kreatif, pemikiran reka bentuk dan inovasi. Selain kecekapan teknikal, program ini turut menggalakkan pelajar membina kemahiran berfikir secara kritis, bekerjasama, dan menyesuaikan diri; kesemuanya  kemahiran yang penting untuk tenaga kerja masa depan.
 
Datuk Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, berkata, “Generasi inovator, pencipta, dan penyelesai masalah yang seterusnya akan memainkan peranan penting dalam mencorakkan masa depan ekonomi Malaysia. Melalui UOB My Digital Space, kami membekalkan golongan muda dengan kemahiran dan keyakinan untuk maju dalam dunia yang semakin digital. Idea-idea yang disampaikan sepanjang cabaran ini menunjukkan apa yang mampu dicapai pelajar apabila mereka diberi keupayaan untuk memanfaatkan teknologi dan AI bagi menyelesaikan masalah dunia sebenar. Sebagai sebuah bank yang telah bertapak di Malaysia selama 75 tahun, kami kekal komited untuk melabur dalam bakat masa depan, menyokong aspirasi digital negara selaras dengan agenda Malaysia Digital 2030, serta membantu membina rantau ASEAN yang lebih berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa depan.”
 
Berlandaskan pembelajaran ini, UOB Malaysia menganjurkan Cabaran Inovasi Digital UOB MDS sebagai platform untuk para pelajar menggunakan pengetahuan mereka dengan membangun dan membentangkan penyelesaian digital yang inovatif bagi menangani cabaran dunia sebenar.
 
Tema Cabaran UOB MDS: Idea digital untuk masa depan yang lebih baik
Sebagai sebahagian daripada Cabaran Inovasi Digital UOB MDS, para pelajar ditugaskan membangunkan penyelesaian digital yang kreatif atau penyelesaian yang memanfaatkan AI bagi menangani cabaran dunia sebenar. Penyertaan dinilai berdasarkan aspek inovasi, penggunaan teknologi, kebolehlaksanaan, dan potensi impak. Penyertaan terbaik telah disenarai pendek untuk bertanding di peringkat akhir.
 
Susulan sesi pembentangan dan penilaian secara langsung di peringkat akhir, pasukan ‘innov8 Crew’ dari Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur muncul juara kategori sekolah rendah menerusi platform yang memanfaatkan AI untuk menggalakkan perkongsian serta penggunaan semula barangan sekolah bagi mengurangkan pembaziran serta memperluas akses kepada pembelajaran.
 
Sementara itu, pasukan ‘Triple Trouble’ dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong, Sarawak merangkul tempat pertama dalam kategori sekolah menengah menerusi aplikasi mudah alih berasaskan AI yang membantu mengesan keletihan pemandu serta meningkatkan keselamatan jalan raya. Penyelesaian daripada pasukan ini mendapat pengiktirafan atas ciri inovatif, aspek praktikal, serta potensinya untuk membawa impak positif kepada masyarakat.
  
Program tersebut, yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dilaksanakan dengan kerjasama Virtualtech Frontier[2].
 
UOB MDS merupakan program pendidikan digital utama UOB yang sedang dilaksanakan secara berperingkat merentasi tujuh pasaran teras Bank di ASEAN dan Greater China, iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan China. Pada 2025, program ini telah menjangkau lebih 50,000 penerima manfaat di seluruh Asia Tenggara, sekali gus menegaskan komitmen UOB untuk ‘Membina Masa Depan ASEAN’ dengan melabur dalam generasi bakat seterusnya yang berkeyakinan dan bersedia mendepani era digital.
 
Untuk senarai penuh pemenang, sila rujuk jadual di bawah.

Sekolah Rendah
 
SekolahAnugerahProjekHadiah Wang Tunai
Pasukan: innov8 Crew
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur
JuaraSambungRM10,000
Pasukan: PJM
 
Sekolah: Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Krokop, Sarawak
Tempat keduaSistem Pemantauan Pintar untuk Tanah dan Perosak
(Smart Soil and Pest Monitoring System)
 
RM8,000
Pasukan: Wira Tech
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Puncak Alam, Selangor
Tempat ketigaKembaraRM6,000
Pasukan:
SaKSeS TECHNOVATE
 
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Serdang, Selangor
Sagu hatiLaporan Sekolah Pintar SakSeS
(SakSeS Smart School Report)
RM3,000
Pasukan: KAPS2 ALPHA
Sekolah: Sekolah Kebangsaan (2) Kuala Ampang, Selangor
Sagu hatiGhost Tap
 
RM3,000
 
 
Sekolah Menengah
 
SekolahAnugerahProjekHadiah Wang Tunai
Pasukan: Triple Trouble
 
Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong, Sarawak
JuaraDrive Alert
 
RM10,000
Pasukan: Stemfinity
 
Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hua (CF), Sarawak
Tempat keduaVoiceBridge AIRM8,000
Pasukan: ByteSize
 
Sekolah: Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua, Sabah
Tempat ketigaSentinAIRM6,000
Pasukan: Finovators
 
Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pelangi Indah, Johor
Sagu hatiFutureMeRM3,000
Pasukan: X Kuasa Empat
Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Selangor
Sagu hatiEkosistem Disiplin dan Kesejahteraan Pelajar Berasaskan AI (AI Powered Student Discipline & Well-Being Ecosystem)RM3,000
 
 
[1] Rujuk siaran akhbar: “UOB reinforces JS-SEZ investment momentum, facilitates more than RM18 billion in FDI since 2024”, 25 April 2026
[2] Virtualtech Frontier (VTF) ialah sebuah syarikat digital dan rakan kongsi ekosistem MDEC, yang menyokong agenda ekonomi digital Malaysia melalui penyelesaian teknologi, pengalaman pembelajaran imersif dan inisiatif bakat digital.

Sumber: UOB Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Averlyn Lim
Brand, Media and Communications 
E-mel: averlyn.limsl@uob.com.my 
Tel: 018-2299 168
 
Nama: Nizam Arop
Brand, Media and Communications
E-mel: nizam.arop@uob.com.my   
Tel: 603- 2638 6304/ 6017-333 6329

--BERNAMA
Back to Home