Kampung Sungai Gayung merupakan perkampungan Orang Asli pertama di daerah Rompin yang menerima kemudahan internet, memperluas usaha pembangunan komuniti yang dimulakan Kumpulan AmBank sejak tahun lalu.
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kumpulan AmBank menerusi Yayasan AmGroup terus memperkukuh komitmennya dalam membantu komuniti untuk mendapatkan akses kepada kemudahan asas melalui penyediaan sambungan internet Starlink di Kampung Sungai Gayung, Muadzam Shah, Pahang.
Inisiatif ini menjadikan Kampung Sungai Gayung sebagai perkampungan Orang Asli pertama di daerah Rompin yang dilengkapi kemudahan sambungan internet, sekali gus membuka peluang baharu kepada penduduk untuk mengakses maklumat, pendidikan dan kemudahan digital. Usaha ini merupakan kesinambungan daripada program pembangunan komuniti yang dilaksanakan Kumpulan AmBank sejak tahun lalu, dengan matlamat utamanya adalah merapatkan jurang digital serta meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Orang Asli.
Bermula dengan sumbangan barangan keperluan asas dan pemasangan lampu jalan berkuasa solar, program ini kini diperluas dengan penyediaan kemudahan internet, sumber pendidikan, penambahbaikan infrastruktur serta penglibatan aktif warga kerja AmBank melalui aktiviti kesukarelawanan. Pada tahun lalu, Kumpulan AmBank telah menyalurkan bantuan kepada penduduk Kampung Sungai Gayung dan Kampung Batu Putih melalui pemasangan lampu jalan berkuasa solar serta sumbangan keperluan asas dan pakaian bagi membantu memenuhi keperluan harian komuniti berkenaan.
Tahun ini, usaha tersebut diperkukuh melalui pemasangan internet Starlink, penambahan lampu jalan dan pembinaan semula Rumah Adat Kampung Sungai Gayung yang kini berfungsi sebagai Pusat Sumber Digital. Pada masa yang sama, Kumpulan AmBank turut melaksanakan kerja pembinaan semula Rumah Adat sedia ada di Kampung Batu Putih.
Pusat Sumber Digital ini diwujudkan sebagai ruang pembelajaran bersama yang membolehkan penduduk, khususnya kanak-kanak dan golongan muda, memanfaatkan teknologi digital, meneroka peluang pendidikan serta membangunkan kemahiran yang kian berkembang dan penting dalam kehidupan masa kini. Bagi menyokong kemudahan tersebut, Kumpulan AmBank turut menyumbangkan komputer riba untuk kegunaan penduduk, selain meja belajar, lampu dan bahan bacaan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif.
Sumbangan pakaian terpakai daripada warga kerja AmBank serta bekalan keperluan asas turut disalurkan bagi membantu meringankan keperluan harian penduduk. Menyedari bahawa penyediaan teknologi sahaja tidak mencukupi tanpa pengetahuan untuk menggunakannya, AmBank Volunteer Network (AVN), yang sebahagian besarnya terdiri daripada warga kerja Perbankan Borong Kumpulan AmBank, turut mengendalikan kelas literasi digital kepada komuniti setempat. Melalui sesi ini, penduduk diberi pendedahan kepada penggunaan peralatan digital serta kemahiran asas teknologi bagi membantu mereka mengakses maklumat, berkomunikasi dan memanfaatkan kemudahan dalam talian untuk urusan seharian.
Bagi Kumpulan AmBank dan Yayasan AmGroup, usaha ini bukan sekadar membawa sambungan internet ke sebuah perkampungan pedalaman, tetapi membuka ruang kepada masyarakat untuk menimba ilmu, membina keyakinan diri dan meneroka peluang baharu tanpa mengetepikan identiti, budaya serta cara hidup mereka.
Pengarah Urusan Perbankan Borong, Kumpulan AmBank, Datuk Jamzidi Khalid berkata, “Usaha membantu komuniti perlu bermula dengan memahami keperluan sebenar masyarakat serta cabaran yang mereka hadapi. Bantuan yang benar-benar bermakna bermula apabila kita memahami perkara yang penting kepada komuniti yang ingin dibantu. Walaupun keperluan asas sentiasa menjadi keutamaan, kita juga menyedari bahawa akses internet, pendidikan dan kemahiran digital kini memainkan peranan penting dalam membuka peluang yang lebih luas kepada generasi akan datang.
“Kami berbesar hati kerana dapat meneruskan usaha yang dimulakan di Kampung Sungai Gayung pada tahun lalu. Daripada sumbangan barangan keperluan asas dan pemasangan lampu jalan solar, kini kami dapat menyediakan sambungan internet, Pusat Sumber Digital serta program literasi digital kepada penduduk.
“Bagi kami, usaha ini bukan sekadar menyediakan peralatan atau kemudahan, tetapi membantu mewujudkan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak belajar dengan lebih kondusif, keluarga terus berhubung dan masyarakat meneroka peluang ekonomi baharu, termasuk melalui perniagaan dalam talian. Kami berharap segala kemudahan yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk dan hubungan yang terjalin melalui program ini akan terus erat pada masa hadapan,” katanya.
Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama Global Peace Foundation Malaysia, sebuah organisasi yang aktif dalam pembangunan komuniti melalui pendekatan berteraskan keperluan masyarakat, penglibatan sukarelawan dan kerjasama strategik.
Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Foundation Malaysia, Dr. Teh Su Thye berkata, Pembangunan komuniti yang berterusan dan efektif perlu mengambil kira aspirasi dan keperluan masyarakat itu sendiri. Pembangunan komuniti akan memberikan hasil yang lebih bermakna apabila ia bermula dengan memahami harapan dan aspirasi penduduk. Di Kampung Sungai Gayung, Pusat Sumber Digital ini bukan sahaja menyediakan tempat untuk kanak-kanak belajar, malah memberi peluang kepada penduduk untuk menggunakan internet dan meneroka pelbagai peluang baharu. Kami amat menghargai sokongan Kumpulan AmBank serta para sukarelawannya dan berharap komuniti setempat akan memanfaatkan pusat ini sebaik mungkin sebagai ruang pembelajaran dan pembangunan bersama,” katanya.
Ditubuhkan pada tahun 2011, Global Peace Foundation Malaysia merupakan sebuah Organisasi Bukan Berasaskan Keuntungan (NGO) yang berperanan dalam pembangunan komuniti Orang Asli dan masyarakat luar bandar, khususnya dalam bidang bekalan air bersih, tenaga solar, sumber pendapatan mampan serta pembangunan kepimpinan belia.
Menerusi inisiatif ini, Kumpulan AmBank melalui Yayasan AmGroup berharap kemudahan dan sokongan yang disediakan dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih baik untuk kanak-kanak, meningkatkan keyakinan penduduk dalam penggunaan teknologi digital serta menghubungkan komuniti Orang Asli dengan peluang yang lebih luas..
About AmGroup Foundation
AmGroup Foundation is the corporate responsibility arm of AmBank Group, dedicated to creating sustainable and meaningful impact through initiatives that empower communities, promote education and well-being, and improve the lives of underserved Malaysians. Through strategic partnerships and employee volunteerism, the Foundation strives to build stronger, more inclusive communities across the nation.
About AmBank Group
AmBank Group is a leading financial services group with over 50 years of expertise in supporting the economic development of Malaysia. We have over three million customers and employ over 8,000 people. The Group was listed on the Main Market of Bursa Malaysia in 1988. It is the sixth-largest banking group by assets in Malaysia, with a market capitalisation of more than RM22 billion as of 31 March 2026. AmBank Group serves over three million individual and corporate customers. It provides services in wholesale banking, retail banking, business banking, investment banking and related financial services which include Islamic banking, underwriting of general insurance, life insurance, family takaful, stock and share broking, futures broking, investment advisory and management services in assets, real estate investment trust and unit trusts. For more information, please visit www.ambankgroup.com SUMBER: AmBank Group
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Ridzuan Zulkifli
Senior Vice President, Group Corporate Communications and Marketing
Emel: ridzuan.zulkifli@ambankgroup.com
Media Relations team
Emel: media.relations@ambankgroup.com
--BERNAMA