CHENGDU, China, 22 Okt., 2026 /Xinhua-AsiaNet/--
Dari 21 hingga 25 Oktober, Pusingan Akhir Jelajah Tenis Dunia Remaja ITF 2026, yang dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat Daerah Shuangliu, Chengdu, Wilayah Sichuan, berlangsung di Daerah Shuangliu. Penganjuran kejohanan tenis remaja antarabangsa berprestij ini di wilayah pedalaman barat China mencerminkan usaha Shuangliu dalam memanfaatkan kelebihannya sebagai sebuah hab penerbangan untuk memperkukuhkan daya saing bandar itu.
Sebagai sebuah hab penting dalam Lingkaran Ekonomi Chengdu-Chongqing di China, Shuangliu sedang meneroka satu laluan baharu bagi bandar-bandar pedalaman untuk mengatasi kekangan geografi dan menyepadukan diri secara lebih mendalam dalam rantaian nilai global, sambil menawarkan satu kajian kes yang boleh dijadikan rujukan oleh bandar-bandar lain di seluruh dunia yang berusaha memperluaskan keterbukaan dan memacukan pembangunan.
Menukar Aliran Trafik Lapangan Terbang kepada Pertumbuhan Industri
Kekuatan utama Shuangliu terletak pada sumber dan rangkaian hab penerbangan antarabangsa mereka yang kukuh. Pada 2025, Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu Shuangliu mengendalikan kira-kira 33.52 juta pergerakan penumpang serta 736,000 tan kargo dan mel. Namun begitu, Shuangliu bukan sekadar bergantung kepada “ekonomi berasaskan laluan transit” yang tradisional, sebaliknya, daerah itu berusaha menukar aliran penumpang dan barangan kepada pertumbuhan industri secara berperingkat.
Dengan memanfaatkan kedudukannya sebagai hab lapangan terbang, Shuangliu menghubungkan platform berdaya saing tinggi seperti Zon Demonstrasi Ekonomi Lapangan Terbang dan Zon Terikat Komprehensif, dengan membangunkan sebuah sistem logistik serta perdagangan antarabangsa yang lebih cekap. Pada separuh pertama 2026, jumlah nilai import dan eksport Daerah Shuangliu mencecah 71.572 bilion yuan, meningkat 22.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, mencerminkan daya tahan kukuh ekonomi daerah itu dalam memperluas keterbukaan kepada dunia. Bagi syarikat-syarikat berteknologi tinggi seperti iSpace, yang memilih Shuangliu sebagai pangkalan untuk mengembangkan kehadiran mereka dalam sektor angkasa komersial, daerah itu bukan sekadar sebuah hab logistik, malah menjadi penghubung penting antara penyelidikan dan pembangunan global dengan pasaran di seluruh dunia.
Daripada Kluster Pembuatan kepada sebuah Ekosistem yang Inovatif
Bagi mengelakkan dirinya sekadar menjadi satu lokasi persinggahan, Shuangliu menggerakkan strategi dua enjin yang diterajui sektor pembuatan maju dan inovasi teknologi. Dalam sektor penerbangan, Daerah Shuangliu menempatkan 141 perusahaan utama, manakala nilai keseluruhan output industri berkenaan melebihi 137.4 bilion yuan pada 2025.
Dalam sektor-sektor baharu pula, syarikat komunikasi optik seperti Eoptolink mengambil langkah strategik untuk merebut peluang dalam pasaran kuasa pengkomputeran kecerdasan buatan (AI), sekali gus memacukan pembentukan rantaian industri yang lebih lengkap. Eoptolink membekalkan pemancar penerima optik kepada gergasi teknologi seperti NVIDIA. Pemodalan pasarannya pernah melebihi 800 bilion yuan, menjadikannya di antara contoh utama bagaimana industri optoelektronik Shuangliu berkembang ke pentas global. Peralihan daripada pembuatan tradisional kepada pembuatan maju, serta daripada pembentukan kluster industri kepada pembangunan ekosistem inovatif yang dinamik, telah membolehkan Shuangliu menarik dan menjadi lokasi tumpuan industri berteknologi tinggi dari seluruh dunia.
Shuangliu turut membangunkan mekanisme untuk menghidupkan potensi pasaran perdagangan domestik dan antarabangsa yang bernilai lebih 100 bilion yuan bagi merangsangkan aktiviti penggunaan. Pada masa yang sama, daerah itu terus menambah baik perkhidmatan kepada perusahaan sepanjang keseluruhan kitar hayat operasi mereka dan berjaya memendekkan tempoh pelaksanaan projek sebanyak 20 peratus.
Daripada Taman Perindustrian kepada sebuah Bandar Baharu yang Sesuai untuk Didiami
Transformasi Shuangliu tidak terhad kepada sektor perindustrian, sebaliknya turut merangkumi pembangunan bandar dan kesejahteraan penduduk secara seiring. Melalui pembangunan konsep bandar berteraskan taman serta pemerkasaan persekitaran budaya dan ekologi yang lebih kaya, Shuangliu terus meningkatkan daya huni bandar dan kualiti hidup penduduknya. Selama beberapa tahun berturut-turut, Shuangliu telah dinamakan antara "Daerah Bandar Paling Bahagia" di China oleh outlet media berwibawa, sekali gus menjadi satu faktor yang penting dalam menarik bakat. Kemasukan bersih penduduk yang berterusan turut mencerminkan daya tarikan bandar tersebut serta keupayaannya untuk mengekalkan penduduk.
Pada hari ini, persaingan di antara bandar di peringkat global semakin beralih kepada persaingan untuk membangunkan ekosistem bandar yang menyeluruh. Pengalaman Daerah Shuangliu membuktikan bahawa bandar pedalaman mampu mengatasi kekangan geografi dengan memanfaatkan kelebihan sebagai hab lapangan terbang, sekali gus beralih daripada sekadar menjadi sebuah "koridor transit" kepada sebuah "pintu gerbang terbuka", dan daripada hanya menjadi laluan pergerakan trafik kepada pengekalan nilai.
Sebagai satu gambaran kecil bagi Strategi Pembangunan China Barat pada peringkat daerah bandar, pengalaman Shuangliu bukan sahaja menjadi satu contoh pembangunan ekonomi serantau yang berkualiti tinggi di China, malah menawarkan satu model bernilai kepada bandar-bandar pedalaman di seluruh dunia yang berusaha mencapai pertumbuhan lestari dan berkualiti tinggi melalui keterbukaan dan kerjasama.
SUMBER: People's Government of Shuangliu District, Chengdu
--BERNAMA