KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyambut baik pembentangan Belanjawan 2027 yang bakal mempercepatkan transformasi ekonomi negara menerusi penumpuan strategik kepada pelaburan berkualiti tinggi dan mampan, di samping meningkatkan keupayaan industri tempatan untuk menyertai rantaian nilai global.
Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid, menegaskan bahawa Belanjawan 2027 memberi keyakinan jangka panjang kepada pelabur, memperkukuh ekosistem industri sambil memastikan limpahan ekonomi dinikmati secara meluas oleh PKS dan tenaga kerja tempatan.
“Keutamaan Malaysia bukan sekadar menarik pelaburan berkualiti dan mampan, tetapi memastikan pelaburan tersebut menjana nilai tambah serta memberi impak jangka panjang kepada ekonomi negara. Menerusi agenda Aspirasi Pelaburan Nasional, fokus MIDA kini mempergiat usaha strategik untuk menghubungkan pelaburan bernilai tinggi secara terus dengan syarikat tempatan. Langkah ini penting bagi memperkukuh keupayaan dan ekosistem industri, memacu syarikat Malaysia ke segmen rantaian nilai yang lebih tinggi, serta menyediakan pekerjaan berpendapatan tinggi demi memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif. Dengan gabungan insentif cukai, infrastruktur dan bakat yang kukuh, MIDA komited untuk terus memudahcara perjalanan pelabur untuk terus berkembang di Malaysia,” kata beliau. Memperkukuh Daya Tarikan Malaysia Sebagai Hab Pelaburan Berkualiti Tinggi dan Berimpak Tinggi ●
Pusat Perkhidmatan dan Kewangan Serantau: Lanjutan insentif
Global Services Hub (GSH) sehingga 30 tahun, kadar cukai konsesi antara 5% hingga 15%, serta
pengecualian cukai pegangan dan duti setem 100% bagi aktiviti perbendaharaan meletakkan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama syarikat multinasional.
●
Ekonomi Hijau & Peralihan Tenaga: Pelanjutan Galakan Cukai Teknologi Hijau (GITA) sehingga 2030 dan
peruntukan grid/tenaga bernilai RM17 bilion (melalui TNB, UEM Lestra, dan KWAP) memperkukuh infrastruktur tenaga dan daya saing negara dalam menarik pelaburan mampan.
●
Pembangunan Wilayah Strategik: Nexus Sedenak sebagai kawasan industri baharu di utara JS-SEZ, SEZ Sibu, NCER Agribio Economic Zone, Lumut Maritim Industrial City (LuMIC) dan ketersediaan insentif Pejabat Keluarga di Forest City akan terus memacu pelaburan termasuk
syarikat peneraju (Queen Bee) serta
pengurusan kekayaan antarabangsa.
Memperkasa Keupayaan Syarikat Tempatan dan Rantaian Bekalan Domestik (#InvestLokal) ●
Pembiayaan Strategik Sektor Berteknologi Tinggi: Pelaburan
RM25 bilion di bawah GLIC GEAR-uP, termasuk
RM1.2 bilion untuk
rantaian semikonduktor dan
RM100 juta Dana Pelaburan Strategik Pulau Pinang, menyokong pembangunan syarikat semikonduktor dan pembuatan termaju, memperkukuh keupayaan industri dan mempercepatkan anjakan syarikat tempatan ke segmen bernilai tinggi seperti reka bentuk cip dan pembuatan pintar.
●
Mengukuhkan Daya Saing PKS: Tambahan
RM5 bilion Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS, potongan cukai hingga RM5 juta bagi
vendor automotif tempatan memindahkan operasi ke Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) Tanjong Malim, Perak, hab sokongan NCT InnoSphere Kulim, Kedah serta pembiayaan dalam bentuk geran padanan bagi mendapatkan Sijil Halal akan memperkasakan integrasi PKS ke dalam rantaian bekalan global.
Membangunkan Bakat Tempatan, Meningkatkan Gaji Bermaruah dan Akses Bakat Global ●
Pembangunan Tenaga Kerja Mahir: Peruntukan
RM8 bilion untuk
TVET, RM3 bilion melalui
HRD Corp untuk latihan kemahiran serta
Program Bakat MADANI, dan penubuhan
Melaka Centre of Excellence memastikan bekalan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang menyokong pertumbuhan industri bernilai tinggi.
●
Gaji minimum: Kadar gaji minimum dinaikkan kepada
RM2,000 sebulan mulai Jun 2027, manakala gaji minimum
RM2,500 bagi pekerja separa mahir dan graduan serta
RM3,100 hingga RM3,400 bagi pekerja GLIC dan GLC, mencerminkan komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan pekerja dan menggalakkan pengagihan pendapatan yang lebih saksama.
●
Bakat Global: Kemudahan kebenaran bekerja bagi
pasangan pemegang Pas Penggajian Kategori I yang memenuhi syarat, berkuat kuasa
1 Januari 2027, berpotensi meningkatkan tarikan Malaysia kepada pakar dan bakat profesional antarabangsa.
Menerusi pendekatan
whole-of-government dan agenda
#InvestLokal, MIDA komited bekerjasama rapat dengan para pemegang taruh termasuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), kementerian dan agensi kerajaan lain serta pihak industri bagi memudah cara dan mempercepat pelaksanaan projek yang diluluskan—sekali gus memastikan pelaburan berkualiti tinggi ini memperkukuh industri tempatan, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, dan menjana manfaat ekonomi yang meluas kepada rakyat. Infografik ringkasan inisiatif pelaburan dan industri Belanjawan 2027 disertakan di
Lampiran I.Mengenai MIDA MIDA adalah agensi promosi dan pembangunan pelaburan utama Kerajaan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menyelaras dan menggalakkan pelaburan ke dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di Malaysia. Beribu pejabat di Kuala Lumpur Sentral, MIDA mempunyai 12 pejabat wilayah dan 20 pejabat luar negara. MIDA terus menjadi rakan strategik bagi perniagaan dalam merebut peluang yang timbul dari revolusi teknologi pada era masa kini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari
www.mida.gov.my/ dan ikuti kami di saluran on
X,
Instagram,
Facebook,
LinkedIn,
TikTok dan
YouTube.
SUMBER: Malaysian Investment Development Authority (MIDA)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Yusni Md. Yusop
Pengarah, Bahagian Perancangan Strategik & Advokasi Polisi (Perkilangan)
Tel: +603-2267 3681
Emel: yusni@mida.gov.my
--BERNAMA