HARBIN, China, 12 Okt., 2026 /Xinhua-AsiaNet/--
“Melalui buku sains popular dan kursus metasemesta, saya mengikuti panduan manusia digital untuk mempelajari struktur rover planet dengan menanggalkan komponennya satu demi satu. Pengalaman itu ibarat bermain permainan pengembaraan. Saya mendapati prinsip operasi rover bulan dan rover Marikh sangat menarik!” kata seorang pelajar, Leng Xingsong.
Baru-baru ini, kempen “Siri Sains Popular Media Bersepadu HIT di Bilik Darjah” telah dilaksanakan di 27 buah sekolah di Guangxi, Yunnan, Qinghai dan beberapa wilayah lain, dengan penyertaan lebih 3,000 orang pelajar. Program ini mencerminkan usaha berterusan Kor Sukarelawan Pengajaran Pascasiswazah HIT untuk membawa bahan sains popular ke lokasi penempatan sukarelawan pengajar, sekali gus meneroka model pelaksanaan yang menggabungkan pendidikan sains popular dengan pengajaran secara sukarela.
Dalam sesi pengalaman kursus metasemesta, pelajar meneroka pelbagai persekitaran maya, termasuk pangkalan di Bulan dan Marikh, menerusi teknologi pemodelan tiga dimensi (3D). Mereka turut menyertai aktiviti penerokaan seperti sesi soal jawab interaktif dengan ejen kecerdasan buatan (AI) serta simulasi perancangan laluan rover planet. Pengalaman imersif ini membolehkan mereka untuk mendalami perkembangan terkini sains dan teknologi aeroangkasa, sekali gus menyemai minat dan impian untuk meneroka angkasa lepas.
Siri Sains Popular Media Bersepadu HIT telah diterbitkan dalam edisi bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Antara judul yang terkandung dalam siri ini ialah Lengan Kecil Robot: Pembantu Angkasawan , Yutu dan Zhurong: Pengembaraan Angkasa Kenderaan Penjelajah Planet dan Membongkar Rahsia Tanah Bulan: Kisah Misi Pengambilan Sampel Bulan oleh China .
Dengan menggabungkan ilmu dalam bidang aeroangkasa, pengalaman praktikal daripada projek kejuruteraan berskala besar serta sumber pendidikan sains aeroangkasa, siri ini mengolah sumber ilmu dan teknologi daripada projek utama aeroangkasa menjadi bahan pendidikan sains popular yang mudah difahami melalui persembahan visual. Usaha ini turut membentuk sistem penyebaran ilmu dwibahasa yang menyeluruh, merangkumi buku sains popular, dewan pameran aeroangkasa, video media bersepadu berasaskan AI dan kursus metasemesta, sekali gus mengisi kelompangan dalam penyediaan bahan sains popular aeroangkasa berasaskan pengalaman dan pengetahuan langsung China. Inisiatif ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh pembangunan secara bersepadu di antara inovasi teknologi aeroangkasa dengan penyebaran ilmu sains kepada masyarakat. Inisiatif ini juga berperanan sebagai contoh dan pemangkin yang positif kepada pembangunan jangka panjang dalam bidang penerokaan angkasa lepas, pertukaran saintifik, teknologi dan kebudayaan antarabangsa, serta pembangunan bakat pelapis bagi menyokong inovasi sains dan teknologi. Siri penerbitan ini turut mendapat sokongan dan saranan daripada ramai ahli akademik serta pakar.
SUMBER: Harbin Institute of Technology (HIT)
--BERNAMA