MFA UMUM SENARAI PENDEK ANUGERAH FRANCAIS MALAYSIA

Released on: Monday, 12 Oct 2026 4:01PM

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Persatuan Francais Malaysia (MFA) secara rasmi mengumumkan senarai syarikat dan jenama francais yang berjaya disenarai pendek bagi pencalonan Anugerah Francais Malaysia 2026.
 
Kemuncak penganugerahan MAF2026 dijadualkan berlangsung pada 20 November 2026 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Acara yang dinanti-nantikan oleh seluruh penggiat industri ini telah dianjurkan buat kali ke-28 tahun ini dan dijangka menghimpunkan lebih 1,000 penggiat industri francais, wakil agensi Kerajaan, pemegang taruh utama serta rakan strategik industri dalam satu majlis berprestij yang mengangkat sumbangan sektor francais terhadap pembangunan ekonomi negara.
 
Pengarah Anugerah Francais Malaysia 2026 yang juga Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Dr. Mohamad Norjayadi Tamam, berkata anugerah ini cukup berkualiti kerana ianya menjadi penanda aras penting kepada penggiat industri francais bagi mengukur prestasi perniagaan mereka berlandaskan piawaian industri menerusi penilaian yang komprehensif yang meliputi aspek integriti, kelestarian perniagaan, ketangkasan kewangan, inovasi berterusan, impak sosial, dan banyak lagi agar penggiat industri francais Malaysia mencapai taraf dunia.
 
“Istimewanya penganjuran tahun ini, aspek produktiviti diperkenalkan sebagai antara penanda aras utama dalam menilai daya saing serta kecemerlangan para calon,” tambahnya.
 
Antara jenama dan syarikat yang berjaya melepasi sesi saringan serta tersenarai sebagai senarai pendek adalah: 
Selain itu, beberapa anugerah penghargaan khas turut akan disampaikan pada malam gilang-gemilang tersebut bagi mengiktiraf pemegang taruh dan ahli MFA atas sumbangan signifikan mereka terhadap persatuan serta pembangunan industri.
 
Penganjuran MAF2026 mencerminkan komitmen berterusan MFA dalam memacu pertumbuhan industri francais serta memperkukuh kedudukan jenama tempatan ke persada antarabangsa.
 
Maklumat lanjut berkenaan MAF2026 di www.mfa.org.my/maf atau hubungi sekretariat di talian 03-6241 4141.

Sumber: Persatuan Francais Malaysia (MFA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Nurul Ain Binti Mohamad
Tel: 0112-9240213
E-mel: ain.mohamad@mfa.org.my
Laman web: www.mfa.org.my

--BERNAMA

 
Back to Home