Chongqing: Sebuah Bandar Pergunungan yang Pesat Melangkah ke Arah Menjadi sebuah Destinasi Pengguna Bertaraf Global

Released on: Monday, 12 Oct 2026 10:54AM


CHONGQING, China, 12 Okt., 2026 /Xinhua-AsiaNet/ --

Terletak di barat China, dikelilingi banjaran gunung dan aliran sungai, Chongqing kini giat memperkukuh langkah untuk muncul sebagai sebuah pusat penggunaan antarabangsa, Keunikan landskapnya, kekuatan sektor perindustrian serta persekitaran perniagaan runcit yang terbuka dan inklusif menjadikan bandar ini semakin menarik di mata pelawat dari seluruh dunia.

Berjalan menyusuri bandar ini, pengunjung disajikan dengan pengalaman membeli-belah dan beriadah yang menggabungkan unsur interaktif serta daya tarikan tersendiri. Tempat perlindungan serangan udara yang telah diubah suai kini dihidupkan semula sebagai “Mountain City Cave Havens”, yang menempatkan bar, restoran dan persembahan imersif, manakala restoran hotpot dalam gua – termasuk sebuah restoran yang mampu menampung lebih 1,300 pelanggan pada suhu tetap 25 darjah Celsius telah menjadi di antara tarikan kegemaran pengunjung. Daya beli dan aktiviti penggunaan di Chongqing terus berkembang pesat. Pada 2025, jumlah jualan runcit barangan pengguna mencecah RMB 1.67 trilion, sekali gus meletakkan bandar itu di tangga teratas dalam kalangan bandar di China. Chongqing turut menerima lebih 500 juta kunjungan pelawat setiap tahun. Asas perindustrian yang kukuh, khususnya dalam pengeluaran kenderaan tenaga baharu, motosikal dan komputer riba, terus merancakkan pasaran pengguna. Bandar ini juga menduduki tempat teratas dalam penarafan ekonomi malam China selama empat tahun berturut-turut. Setakat ini, lebih 2,800 jenama tempatan dan antarabangsa serta lebih 2,000 kedai pertama bagi sesuatu jenama telah bertapak di Chongqing. Antaranya ialah 325 syarikat dalam senarai Fortune Global 500 yang memilih bandar itu sebagai lokasi pertama mereka di barat China.

Gabungan erat sektor perdagangan, kebudayaan dan pelancongan terus menarik kedatangan pelawat dari seluruh dunia. Aktiviti pelayaran di Sungai Yangtze, lawatan persiaran dari udara pada altitud rendah serta pelancongan berteraskan kesihatan melalui mata air panas semakin berkembang. Sebanyak 17 laluan pelancongan premium bertaraf kebangsaan turut dipromosikan ke pasaran antarabangsa. Kini, Chongqing menjalinkan hubungan perdagangan dengan 228 buah negara dan wilayah, disokong oleh perkhidmatan kereta api ekspres China-Eropah serta Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu. Pada masa yang sama, urusan perjalanan menjadi lebih mudah bagi pelawat antarabangsa menerusi proses permohonan visa, pembayaran dan bayaran balik cukai yang dipermudahkan.

Dalam tempoh lima tahun lalu, Chongqing telah menaik taraf 30 kawasan komersial utama dan mewujudkan 100 tarikan serta pengalaman penggunaan baharu di sepanjang tebing sungai, lereng cenuram dan malah di teres atas bumbung bangunan. Usaha ini mengubah ruang bandar yang lazim menjadi destinasi yang menawarkan pengalaman tersendiri kepada pengunjung. Monumen Pembebasan telah diiktiraf sebagai antara kawasan komersial terbaik negara yang mesra pelancong antarabangsa untuk berbelanja. Pengiktirafan ini mencerminkan bagaimana warisan sejarah dan budaya dapat diketengahkan sebagai pengalaman yang boleh dinikmati, dikongsi dan diterokai oleh pengunjung. Pendekatan ini turut menawarkan contoh yang boleh dijadikan inspirasi oleh bandar-bandar antarabangsa di sepanjang Belt and Road.

Daripada panorama bandar yang memukau hingga ke lorong-lorong makanan jalanan yang meriah, daripada kekuatan sektor pembuatan hingga ke kemudahan perkhidmatan yang semakin mesra pelawat antarabangsa, Chongqing terus melangkah maju ke arah matlamatnya untuk menjadi pusat penggunaan bertaraf antarabangsa yang sebenar. Bandar pergunungan di barat China ini kini semakin membuka pintunya kepada dunia, sekali gus membolehkan pelawat dari seluruh dunia menikmati kemeriahan dan potensi pasaran China yang luas.

SUMBER: Suruhanjaya Perdagangan Perbandaran Chongqing

--BERNAMA
Back to Home