Program Eco Dive KPMG di Malaysia telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records

Released on: Wednesday, 07 Oct 2026 11:20AM

Table

Para sukarelawan Eco Dive 2026 (penyelam dan bukan penyelam), bersama dengan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) KPMG di Malaysia bagi meraikan ulang tahun ke-20 Eco Dive serta pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai “Longest-running Corporate Marine Reef Conservation Programme”.


PETALING JAYA, 7 Okt (Bernama) -- Program Eco Dive KPMG di Malaysia di Pulau Tioman telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai “Longest Running Corporate Marine Reef Conservation Programme”.
 
Dilancarkan pada tahun 2007, program Eco Dive merupakan antara inisiatif kelestarian KPMG di Malaysia yang telah berlangsung paling lama. Selama 20 tahun, penyelam sukarelawan KPMG yang terlatih telah bekerjasama rapat dengan Reef Check Malaysia dalam menjalankan pemantauan terumbu karang secara berkala, serta menyumbang kepada pengumpulan data yang konsisten dan bernilai untuk menjejaki perubahan keadaan terumbu karang dari semasa ke semasa.
 
“Pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan. Komitmen KPMG di Malaysia selama 20 tahun ini mencerminkan semangat kami untuk terus Make the Difference melalui usaha melindungi dan memulihara ekosistem marin Malaysia. Bermula pada tahun 2007 dengan enam orang penyelam KPMG yang memantau satu kawasan terumbu karang, program ini kini telah berkembang kepada empat kawasan di Pulau Tioman, selaras dengan usaha kami yang berterusan untuk melindungi dan memulihkan ekosistem marin Malaysia. Kerjasama kami dengan Reef Check Malaysia telah membolehkan program Eco Dive terus berkembang, memperluaskan pengetahuan, memperkukuh usaha pemuliharaan serta menyumbang kepada pemeliharaan biodiversiti marin. Kami berharap komitmen ini akan terus dipupuk dan diteruskan demi generasi akan datang,” kata Foong Mun Kong, Rakan Kongsi Pengurusan, KPMG di Malaysia.
 
Sepanjang program ini, sebanyak 98 penyertaan warga KPMG di Malaysia sebagai Eco Diver telah direkodkan, termasuk penyertaan berulang, didorong oleh minat mereka terhadap Eco Dive. Dengan menggunakan kaedah pemantauan Reef Check yang telah diseragamkan di peringkat global, program ini telah menghasilkan data yang konsisten mengenai perubahan keadaan terumbu karang sepanjang dua dekad, disamping menyokong penanaman 160 fragmen karang, serta usaha pengawalan populasi 157 ekor tapak sulaiman berduri pada tahun 2026.
 
“Selama 20 tahun, kami telah menyaksikan komitmen KPMG di Malaysia terhadap usaha pemuliharaan marin. Kerjasama kami dengan KPMG adalah begitu bermakna, terutama dengan penyertaan sukarelawan Eco Dive yang kembali dari tahun ke tahun untuk menyokong pemantauan dan usaha pemuliharaan terumbu karang. Dalam konteks pemuliharaan marin, terumbu karang, rumpai laut dan hutan bakau saling berkait rapat serta memainkan peranan penting dari segi ekologi dan ekonomi. Oleh itu, usaha pemuliharaan perlu dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada terumbu karang. Dengan memperluaskan skop usaha ini, kerjasama seperti Eco Dive dapat menyumbang kepada ekosistem marin yang lebih sihat, di samping menyokong komuniti dan sumber kehidupan yang bergantung kepadanya,” kata Julian Hyde, Ketua Pegawai Eksekutif, Reef Check Malaysia.
 
Ulang tahun ke-20: Memperluas impak pemuliharaan kepada komuniti
Pada tahun 2026, sempena ulang tahun ke-20 program Eco Dive, impak program ini turut merangkumi komuniti setempat di Pulau Tioman. Pada bulan Jun, para sukarelawan KPMG meneruskan usaha mereka melalui aktiviti pembersihan pantai, pemulihan karang dan sokongan kepada pendidikan tempatan. Tahun ini, para sukarelawan KPMG telah mengutip 406.7 kg sisa marin, termasuk 1,351 botol plastik, memindahkan 100 fragmen karang ke struktur khas yang dibina untuk pertumbuhan karang, menghasilkan 60 pasu karang menggunakan kaca dan simen diguna semula, serta menyumbangkan 10 komputer riba kepada sebuah sekolah tempatan, yang memanfaatkan lebih daripada 200 murid.
 
Thong Foo Vung, Ketua Audit, KPMG di Malaysia, merupakan antara penyelam program Eco Dive. Apabila berkongsi pengalamannya, beliau berkata: “Sejak menyertai program Eco Dive pada tahun 2024, pengalaman tersebut telah mendorong saya untuk kembali menyertainya kerana ia telah memperluaskan pengetahuan saya tentang kepentingan melindungi terumbu karang Malaysia serta peranan yang boleh kita mainkan sebagai para penyelam. Program ini juga mengukuhkan kepercayaan saya bahawa usaha yang kita lakukan hari ini dapat membantu mewujudkan persekitaran marin yang lebih sihat untuk dinikmati dan dilindungi oleh generasi akan datang.”
 
“Sempena ulang tahun ke-20 Eco Dive pada bulan Jun lalu, kami meluaskan usaha kami terhadap terumbu karang kepada komuniti setempat di Pulau Tioman. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pembersihan pantai, pemulihan karang, dan program pendidikan tempatan, yang menunjukkan bagaimana pemuliharaan alam sekitar boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada lautan, tetapi juga kepada komuniti yang bergantung kepadanya. Kami berharap inisiatif ini dapat terus membawa perubahan yang bermakna dan menyumbang kepada kelestarian alam marin untuk generasi akan datang,” tambah Thong.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai komitmen kelestarian KPMG di Malaysia secara menyeluruh, sila layari: kpmg.com.my/ourimpactplan. 


SUMBER: KPMG PLT

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Andrew Leong
Assistant Manager, Marketing & Communications
KPMG in Malaysia
Direct: 017-4737042
Email: kaijianleong@kpmg.com.my 

Nama: Khadijah Zainal
Senior Executive, Marketing & Communications
KPMG in Malaysia
Direct: 011-11468571
Email: khadijahzainal@kpmg.com.my 

--BERNAMA
 
Back to Home