Minggu Inovasi Sains dan Teknologi Ke-10 serta Festival Gaya Hidup Pengguna Pertama Dongfeng Motor Membuka TiraiWUHAN, 1 Okt (Bernama) -- Pada 14 September, Minggu Inovasi Sains dan Teknologi Ke-10 serta Festival Gaya Hidup Pengguna Pertama Dongfeng Motor telah membuka tirainya di Wuhan. Bertemakan “Angin dari Timur, Mencipta Kehidupan Pintar” (“Wind from the East, Creating a Smart Life”), acara berkenaan mempamerkan pelbagai pencapaian inovatif pengeluar kenderaan China tersebut dalam bidang mobiliti pintar dan hijau, di samping pengembangan operasinya di peringkat global.
Pada majlis perasmian tersebut, Dongfeng Motor telah memperkenalkan Pelan “Langit Bersih Sifar Karbon” (Sky-Clean Zero-Carbon), Pelan Perlindungan Seluruh Domain Kenderaan Pintar Terjelma (Embodied Intelligent Vehicle All-Domain Protection), dan Pelan “Pelayaran Kaki Langit” (Sky Horizon Voyage). Antaranya, Pelan “Langit Bersih Sifar Karbon” memanfaatkan kerangka “1331” untuk membina ekosistem kenderaan-tenaga bersepadu, dengan matlamat mencapai pengurangan pelepasan karbon terlaras melebihi 1 juta tan setahun serta memacu transformasi kenderaan menjadi aset tenaga mudah alih; Pelan Perlindungan Seluruh Domain Kenderaan Pintar Terjelma pula mengguna pakai sistem teknologi “1+6+4” bagi membentuk paradigma baharu dalam keselamatan kenderaan seluruh domain untuk era kecerdasan terjelma (embodied intelligence); manakala Pelan “Pelayaran Kaki Langit” menetapkan strategi perniagaan global “125”, dengan rancangan melabur sebanyak RMB 50 bilion dan melancarkan lebih 50 model kenderaan, di samping berusaha mencapai jualan luar negara sebanyak 1.5 juta unit kenderaan menjelang tahun 2030.
Sepanjang sepuluh edisi yang menjangkau tempoh sedekad, Minggu Inovasi Sains dan Teknologi Dongfeng Motor telah memperkukuh lagi jalinan antara teknologi dengan pengguna. Sempena Festival Gaya Hidup Pengguna Pertama Dongfeng Motor, lebih daripada 240 wakil pemilik daripada pelbagai jenamanya telah berhimpun di Wuhan. Dongfeng turut melancarkan jenama perkhidmatan “Dongfeng Youxin” khusus untuk pangkalan penggunanya yang luas, sekali gus mewujudkan sistem perkhidmatan pengguna kitaran hayat penuh.
Pada hari yang sama, Pameran Kenderaan Komersial dan Alat Ganti Antarabangsa Ke-72 telah membuka tirainya di Hannover, Jerman. Tiga buah kenderaan berkuasa hidrogen Dongfeng serta sebuah sel bahan api 400 kilowatt yang membuat kemunculan sulung di peringkat global turut dipamerkan di Gerai C20, Dewan H12.
Syarikat: Dongfeng Motor Corporation
Laman Web:
http://www.dongfeng-global.com/https://www.facebook.com/DongfengMotorCorporationGlobalhttps://www.facebook.com/DongfengMotorCorporationSAhttps://www.facebook.com/DongfengMotorCorporationMEhttps://www.tiktok.com/@dfmotor SUMBER: Dongfeng Motor Corporation
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Wang Yilin
E-mel: wangyilin@dfmc.com.cn
--BERNAMA