SEREMBAN, 24 Sept (Bernama) -- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), dengan kerjasama Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Warisan Malaysia, bakal mempersembahkan produksi seni tari klasik India
“MAARGAM: Natya, Raaga, Rasa” pada 25 dan 26 September 2026, pukul 8.30 malam di Auditorium Utama, Kompleks JKKN Negeri Sembilan.
Menampilkan keindahan seni
Bharatanatyam, persembahan ini merupakan sebahagian daripada empat (4) pelaksanaan program
Panggung Seni Tradisional (PST) 2026, yang menjadi platform bagi mengetengahkan kesenian tradisional yang autentik dan klasik daripada pelbagai kaum. PST turut berperanan sebagai medium pemeliharaan dan pelestarian seni tradisional, selain membuka ruang kepada persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pengajian tinggi untuk berkarya serta mempersembahkan hasil seni mereka.
Bagi edisi Negeri Sembilan,
“MAARGAM: Natya, Raaga, Rasa” membawa penonton menyelami kehalusan dan keindahan Bharatanatyam, sebuah bentuk tarian klasik India yang sarat dengan nilai estetika, disiplin dan ekspresi.
Maargam dalam Bharatanatyam merupakan sebuah repertoir berstruktur yang membawa penonton menelusuri perjalanan seni tarian klasik, bermula daripada asas dan disiplin tarian, penguasaan teknik serta keindahan pergerakan, sehinggalah kepada penghayatan emosi.
Ketiga-tiga elemen yang menjadi teras persembahan, iaitu
Natya, Raaga dan Rasa, saling melengkapi.
Natya menonjolkan aspek ekspresi melalui gerak tari,
Raaga memperkayakan persembahan menerusi keindahan dan susunan melodi, manakala
Rasa menghidupkan dimensi emosi dan penghayatan yang disampaikan kepada penonton.
Persembahan ini turut melibatkan tiga (3) akademi kesenian India, iaitu
House of Isai, Heritaj Nadhalaya Music Academy dan
Suwarna Thaarshyy Fine Art.
Penyertaan penggiat seni dan institusi kesenian berkenaan mencerminkan usaha berterusan dalam memastikan khazanah seni budaya terus dipelihara, diperkasa dan diwariskan kepada generasi muda.
Selain Negeri Sembilan, Panggung Seni Tradisional 2026 turut dianjurkan di Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC, serta bakal diteruskan di Panggung Seri, Kompleks JKKN Melaka pada 2 dan 3 Oktober 2026. Sebanyak empat (4) kumpulan menjayakan Panggung Seni Tradisional pada tahun ini, selaras dengan usaha JKKN untuk memastikan seni tradisional negara terus berkembang, relevan dan dihargai.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan membuat tempahan tiket boleh mengikuti media sosial JKKN di
@mysenibudaya dan
@jkknnegerisembilan, atau menghubungi
016-2438182 (Jarina) dan
012-7504070 (Kasturi).
Dikeluarkan Oleh:Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan
Tel: 06-767 6793/ 06-763 6308 Faks: 06-763 4417
Laman Sesawang:
www.jkkn.gov.my E-mel:
ukk@jkkn.gov.myPlatform Media Sosial Rasmi JKKN Negeri Sembilan:Facebook: @jkknnegerisembilan
Instagram, Twitter & YouTube: @mysenibudaya
SUMBER: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Farah Shiken Binti Roslam
Unit Komunikasi Korporat,
JKKN Negeri Sembilan
Tel: 06-7636308 / 019-6035260
Emel: farahshikeen@jkkn.gov.my
Nama: Noor Marlini Binti Abdul Aziz
Pembantu PKK
Unit Komunikasi Korporat
JKKN Negeri Sembilan
Tel: 06-7636308 / 019-6736786
Emel: marlini@jkkn.gov.my
--BERNAMA