​Pusat ASEAN-Korea Buka ‘ASEAN Jeonju Hall’ bagi Memperkasa Pertukaran Budaya ASEAN-Korea

Released on: Monday, 21 Sep 2026 10:52AM

 Table

Para pegawai, termasuk Setiausaha Agung AKC Kim Jae-shin dan Datuk Bandar Jeonju Cho Ji-hun, memotong reben pada majlis perasmian ASEAN Jeonju Hall pada 17 September (Gambar: AKC)


- Budaya Tradisional 11 Negara Anggota ASEAN Disatukan dalam Pameran Sulung ASEAN: Where Hands Bridge Time

 
SEOUL & JEONJU, Korea Selatan, 21 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PUSAT ASEAN-KOREA (Setiausaha Agung AKC, Kim Jae-shin) merasmikan Jeonju ASEAN Hall pada 17 September di Pusat Kebudayaan Tradisional Korea di Jeonju. Sebagai lokasi ketiga AKC selepas Seoul dan Jeju, acara perasmian tersebut dihadiri kira-kira 100 tetamu, termasuk wakil AKC, Jawatankuasa ASEAN di Seoul (ACS), Bandar Jeonju, Kementerian Luar Korea Selatan, Wilayah Jeonbuk, pihak media dan universiti.

ASEAN Jeonju Hall merupakan lokasi pertama di wilayah Honam bagi pertukaran budaya ASEAN-Korea. Terletak di antara Seoul dengan Jeju, Dewan ini memperluas jangkauan budaya dan seni ASEAN ke luar kawasan metropolitan Seoul. Dewan ini berfungsi sebagai platform diplomasi budaya yang menghubungkan budaya Korea (K-culture) dengan budaya ASEAN (A-culture).

Pameran sulungya,ASEAN: Where Hands Bridge Time , mengetengahkan warisan tradisional 11 Negara Anggota ASEAN (AMS) menerusi tema buatan tangan. Kira-kira 70 artifak budaya, termasuk topeng, tekstil, alat muzik dan boneka bayang dipamerkan. Dianjurkan dengan kerjasama kedutaan ASEAN di Republik Korea (ROK) dan agensi AMS, pameran ini merupakan pameran berskala besar pertama di Korea yang menampilkan warisan budaya dari kesemua 11 Negara Anggota ASEAN.

Sewaktu majlis berlangsung, ucapan telah disampaikan oleh Setiausaha Agung AKC Kim Jae-shin, Datuk Bandar Jeonju Cho Ji-hun, dan Duta Besar Filipina Bernadette Therese C. Fernandez yang mewakili Pengerusi ASEAN 2026. Ketua Pengarah Hal Ehwal ASEAN dan Asia Tenggara, Kwon Jae-hwan, pula berucap bagi pihak Menteri Luar Korea Selatan Cho Hyun.

Sambutan tersebut menampilkan Heungboga, persembahan pansori oleh Pusat Gugak Wilayah Jeonbuk, diikuti oleh penyanyi Filipina Dorado mempersembahkan “Golden” daripada K-Pop Demon Hunters dan “The Dreams” dendangan Cho Yong Pil.

Susulan majlis perasmian tersebut, AKC dan Yayasan Kebudayaan Jeonju menawarkan 'ASEAN Brunch Box' serta kelas masakan ASEAN. Terletak berhampiran Kampung Hanok Jeonju, dewan ini memperluas akses kepada budaya ASEAN dan meningkatkan profil antarabangsa Jeonju, selaras dengan usaha Wilayah Jeonbuk untuk membida penganjuran Sukan Olimpik 2036.

Setiausaha Agung AKC, Kim Jae-shin, berkata, “AKC akan terus menganjurkan pameran dan program bagi menjadikan Dewan tersebut sebagai lokasi pertukaran budaya ASEAN-Korea yang menjangkaui wilayah yang lebih luas.”

Dewan ini dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu, jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang, dan ditutup pada hari Ahad serta cuti umum.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20260917224744/en 

Hubungi

PUSAT ASEAN-KOREA
Lee Yeonjoo
Pegawai Kanan
+82-2-2287-1171
info@aseankorea.org
 
Sumber: ASEAN-KOREA CENTRE (AKC)

--BERNAMA 



Back to Home