EIG Mengumumkan Penutupan Akhir Dana Hutang Infrastruktur Senior VI dengan $4.0 Bilion Dikumpulkan menerusi Platform Pinjaman Langsungnya

Released on: Thursday, 10 Sep 2026 12:26PM

Platform tersebut melepasi sasaran pengumpulan dana asal sebanyak $3 bilion, mencerminkan permintaan institusi yang meluas terhadap kredit infrastruktur
 
WASHINGTON, 10 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, hari ini mengumumkan penutupan akhir EIG Senior Infrastructure Debt Fund VI (“SIDF VI”) pada $1.9 bilion, hampir dua kali ganda saiz dana terdahulunya. Bersama-sama dengan $2.1 bilion yang dikomitmenkan kepada wadah pelaburan pelabur tunggal, jumlah ini melepasi sasaran asal strategi tersebut sebanyak $3 bilion dan mencerminkan permintaan kukuh daripada pelabur yang mencari pendedahan tersuai dan berterusan terhadap hutang infrastruktur senior.

Sejak dilancarkan pada Julai 2024, SIDF VI telah mengkomitmenkan kira-kira $1 bilion merentas 16 pelaburan, mencerminkan keupayaan pemerolehan peluang pelaburan proprietari yang kukuh.

SIDF VI berusaha membuat pelaburan hutang senior bercagar yang diperoleh secara langsung merentas pelbagai sektor, termasuk penjanaan kuasa, tenaga boleh baharu, infrastruktur peralihan tenaga, infrastruktur pertengahan dan infrastruktur kritikal lain, dengan tumpuan utama pada peluang di Amerika Syarikat dan Eropah. Strategi ini memanfaatkan hubungan jangka panjang EIG dengan penaja, pemaju, pengendali infrastruktur dan pihak korporat untuk mendapatkan serta menstruktur peluang pelaburan di seluruh dunia.

“Kami percaya bahawa kami sedang memasuki salah satu kitaran pelaburan infrastruktur berkaitan tenaga yang paling penting dalam beberapa dekad. Sokongan kukuh terhadap SIDF VI menunjukkan bahawa pelabur semakin menyedari peranan penting yang akan dimainkan oleh modal swasta dalam membiayai sistem tenaga, kuasa dan infrastruktur yang menjadi asas kepada ekonomi moden. Kami berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh para pelabur kepada EIG dan kekal komited untuk mengurus modal mereka dengan penuh disiplin,” kata R. Blair Thomas, Ketua Pegawai Eksekutif EIG.

“Kami berbesar hati dapat menutup SIDF VI dengan sokongan kukuh daripada kumpulan pelabur global dan berasa terdorong dengan pencapaian platform ini setakat ini,” kata Andrew Ellenbogen, Presiden EIG dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG Credit Management. “Gabungan komitmen yang besar kepada dana dan wadah pelaburan pelabur tunggal kami, termasuk struktur evergreen, menonjolkan keinginan pelabur untuk mendapatkan akses kepada strategi ini melalui kaedah yang fleksibel. Kadar pelaburan modal sejak pelancaran mencerminkan keluasan peluang pelaburan yang kami lihat merentas sektor tenaga dan infrastruktur, serta kekuatan platform pemerolehan peluang pelaburan, hubungan dan disiplin pengunderaitan EIG.”

“Pertumbuhan permintaan tenaga, elektrifikasi dan pemodenan grid sedang bertumpu sehingga mewujudkan keperluan modal yang ketara. Pada pandangan kami, keadaan ini mewujudkan peluang sekali dalam satu generasi dalam kredit infrastruktur. Apabila keperluan pembiayaan terus meningkat dan penyedia modal tradisional menghadapi lebih banyak kekangan, kredit swasta boleh memainkan peranan yang semakin penting dalam membiayai aset tenaga dan infrastruktur kritikal di seluruh dunia,” kata Rob Johnson, Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan EIG Credit Management.

Platform Pinjaman Langsung menerima sokongan kukuh daripada pelabur sedia ada dan baharu di seluruh Amerika Utara, Eropah, Asia Pasifik dan Timur Tengah, mencerminkan permintaan institusi yang meluas terhadap strategi kredit tenaga dan infrastruktur. Pelabur termasuk pelan pencen awam dan korporat, dana kekayaan negara, syarikat insurans, institusi kewangan, pengurus aset, dana endowmen, yayasan dan pelabur institusi lain.

Kirkland & Ellis LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada EIG, Campbell Lutyens bertindak sebagai ejen penempatan, manakala Scotiabank bertindak sebagai ejen penstrukturan bagi rated note feeder berhubung dengan penubuhan dan pengumpulan dana SIDF VI.

Untuk maklumat tambahan mengenai dana tersebut, sila hubungi investorrelations@eigpartners.com.

Maklumat Tentang EIG

EIG ialah pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global dengan aset di bawah pengurusan berjumlah $27.1 bilion setakat 30 Jun 2026. EIG mengkhusus dalam pelaburan swasta dalam tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga di peringkat global. Sepanjang sejarahnya selama 44 tahun, EIG telah mengkomitmenkan lebih $55 bilion kepada sektor tenaga menerusi 429 projek atau syarikat di 44 negara merentas enam benua. Pelanggan EIG termasuk banyak pelan pencen, syarikat insurans, dana endowmen, yayasan dan dana kekayaan negara terkemuka di A.S., Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C. dengan pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat tambahan, sila layari laman web EIG di www.eigpartners.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Hubungan Media
EIG
FGS Global
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG@fgsglobal.com
 
Sumber: EIG

--BERNAMA
Back to Home