Mary Kay Perkenalkan Platform Jenama Global Baharu – Beauty Is More Beautiful Shared™ – Mengangkat Semula Kecantikan sebagai Pengalaman yang Dikongsi

Released on: Thursday, 03 Sep 2026 2:19PM

Table
Mary Kay mengumumkan Beauty Is More Beautiful Shared™, kempen global berorientasikan pengguna terbesar dalam sejarahnya serta strategi jenama jangka panjang yang direka untuk memacu era pertumbuhan seterusnya. (Imej ihsan: Mary Kay Inc.)

Dengan Kempen Berorientasikan Pengguna Terbesar dalam Sejarah Syarikat, Mary Kay Memasuki Era Baharu dari Segi Jangkauan dan Impak

DALLAS, 3 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Mary Kay Inc., jenama ikonik kecantikan dan keusahawanan yang diasaskan oleh tokoh berwawasan berani Mary Kay Ash, mengumumkan Beauty Is More Beautiful Shared™ , kempen global berorientasikan pengguna terbesar dalam sejarahnya serta strategi jenama jangka panjang yang direka untuk memacu era pertumbuhan seterusnya. Dilancarkan di 40 pasaran di seluruh dunia, kempen ini memperkenalkan semula Mary Kay kepada generasi pengguna baharu dengan meraikan satu nilai abadi yang menjadi teras jenama tersebut: Beauty Is More Beautiful Shared™ sekali gus merapatkan kecintaan terhadap Mary Kay merentasi generasi.

“Beauty Is More Beautiful Shared™ mencerminkan identiti kami dan prinsip yang sentiasa kami perjuangkan: wanita menyokong wanita ,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Mary Kay Inc., Ryan Rogers. “Ketika kami memasuki era pertumbuhan seterusnya, kami meraikan dan memperkasa setiap wanita dalam komuniti Mary Kay, daripada Perunding Kecantikan Bebas kami hingga pelanggan, sambil memperluas jangkauan dan impak kami serta merealisasikan janji kami terhadap keyakinan, peluang dan hubungan sesama manusia menerusi pendekatan baharu yang berani, relevan dan meyakinkan.”

Menerusi Beauty Is More Beautiful Shared™ Mary Kay menyahut secara langsung perubahan dalam dunia kecantikan dengan memenuhi keinginan budaya yang mendalam terhadap komuniti dan hubungan, sesuatu yang semakin dirasai oleh masyarakat dunia serta pelbagai generasi wanita. Kempen ini mengangkat nilai hubungan, persaudaraan sesama wanita dan komuniti dalam dunia yang semakin berteraskan digital, sekali gus memperkukuh perspektif unik serta kerelevanan moden Mary Kay sebagai jenama kecantikan yang dibina bukan sahaja berasaskan produk, tetapi juga hubungan.

“Dalam dunia yang sering menggambarkan kecantikan sebagai pengalaman individu, kami mengangkat semula kecantikan sebagai pengalaman yang dikongsi dengan meraikan kuasa berkongsi, menyokong dan saling memperkasa. Beauty Is More Beautiful Shared™ menerapkan kekuatan wanita yang berkekalan dan hubungan yang dikongsi bersama dalam pendekatan Mary Kay terhadap kecantikan,” kata Dr. Lucy Gildea , Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Jenama dan Saintifik Mary Kay. “Menerusi kempen jenama induk ini, kami berkongsi hubungan emosi dan tujuan abadi yang menjadi teras jenama kami dengan pengguna di seluruh dunia, sambil meraikan kuasa transformatif produk ikonik kami serta perbezaan yang dibawa oleh jenama kami dalam kehidupan wanita dan komuniti mereka. Kempen ini merupakan satu undangan untuk menemukan semula perkara yang sejak dahulu menjadikan Mary Kay berbeza serta mengalami sendiri keindahan segala kemungkinan apabila kita berkongsinya.”

Kempen global Beauty Is More Beautiful Shared™ dibangunkan dengan kerjasama Grey, menerusi pasukan yang dianggotai sepenuhnya oleh wanita, dengan menggabungkan visi kreatif moden dan legasi berkekalan Mary Kay untuk membentuk lembaran seterusnya bagi jenama tersebut.

Beauty Is More Beautiful Shared™ mengangkat Mary Kay sebagai jenama kontemporari dan berkeyakinan sebagaimana identitinya yang sebenar, bukan sahaja dari segi visi strategik, malah dalam pelaksanaan visualnya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Grey Amerika Syarikat, Agnes Fischer. “Dengan bekerjasama bersama Olivia De Camps, pengarah terkemuka daripada generasi baharu, kami telah menghasilkan naratif kreatif yang menyingkap satu kebenaran penting mengenai Mary Kay. Kempen ini mendekati wanita masa kini berdasarkan realiti kehidupan mereka, menghidupkan semula jenama ikonik Mary Kay dan menjadikannya benar-benar relevan.”

Beauty Is More Beautiful Shared™ direka secara khusus untuk menyokong kejayaan Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay. Dengan mesej yang memperkukuh komuniti dan transformasi, kempen berani ini akan meningkatkan kesedaran serta memupuk keinginan untuk membeli produk Mary Kay dan berhubung dengan Perunding Kecantikan Bebas menerusi kedai digital peribadi mereka di Mary Kay.

PENGAKTIFAN GLOBAL: Beauty Is More Beautiful Shared™ akan dipacu menerusi gabungan media komprehensif yang disesuaikan untuk mendekati generasi baharu pencinta kecantikan dan komuniti di platform serta ruang yang paling dekat dengan mereka, sekali gus memperluas lagi jangkauan dan impak kempen.

· Pelaksanaan kempen merangkumi gabungan berkesan pengukuhan dalam talian menerusi platform digital, media sosial, kerjasama dengan pempengaruh serta penempatan pengiklanan luar rumah dan acara dunia sebenar yang berani.
· Siri acara pengguna berimpak tinggi, sukar dilepaskan dan berasaskan pengalaman yang direka untuk menghimpunkan Gen Z secara bersemuka akan bermula di New York bulan ini, sekali gus melibatkan komuniti global merentasi 40 pasaran, daripada Brazil, Mexico dan China hingga Kazakhstan, Republik Czech dan banyak lagi.

Menduduki Kedudukan Teratas di Peringkat Global:

· Mary Kay menduduki tempat ke-8 daripada 5,500 jenama dalam senarai Forbes 2026 Best Brands for Social Impact1 meningkat daripada kedudukan cemerlang ke-9 yang dicapai pada 2025. Mary Kay ialah satu-satunya jenama kecantikan dalam kelompok 15 teratas.
· Mary Kay menduduki tempat ke-2 dalam senarai Forbes 2026 Best Customer Service, meningkat daripada kedudukan ke-93 pada 20252. Mary Kay ialah satu-satunya jenama kecantikan dalam kelompok 15 teratas dan satu-satunya syarikat jualan langsung dalam kelompok 50 teratas.
· Mary Kay disenaraikan dalam Happi’s Top 50 U.S. Companies 2026 Report, sekali gus meraih kedudukan ke-133.

Terokai Kempen Beauty Is More Beautiful Shared™ Mary Kay:

 Tonton Filem Kempen di sini .
 Lihat Bahan Kreatif Kempen di sini .
 Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Pengarah Filem Kempen Olivia De Camps.

MAKLUMAT TENTANG MARY KAY

Selama lebih 60 tahun, Mary Kay telah memperkasa generasi wanita di seluruh dunia untuk meneroka kecantikan bersama-sama, membina masa depan yang bermakna dan menemukan komuniti wanita yang saling meraikan. Diasaskan oleh Mary Kay Ash pada 1963, syarikat kecantikan global ini telah menghubungkan wanita merentasi 40 pasaran menerusi produk penjagaan kulit, kosmetik berwarna, wangian dan kesejahteraan yang inovatif. Mary Kay menterjemahkan tujuan kepada tindakan dengan memajukan usaha yang menyokong wanita dan keluarga, melabur dalam inovasi saintifik serta berusaha ke arah masa depan yang lebih mampan. Pada terasnya, Mary Kay komited untuk memperkaya kehidupan wanita dan mewujudkan peluang agar wanita dapat berkembang maju bersama-sama. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com. Ikuti kami di Facebook, Instagram dan LinkedIn

MAKLUMAT TENTANG GREY

Misi Grey adalah untuk menghasilkan idea Famously Effective yang menggerakkan manusia, perniagaan dan dunia ke hadapan, dengan memanfaatkan kuasa kreativiti bagi menyelesaikan cabaran perniagaan serta memacu pertumbuhan untuk beberapa jenama dan syarikat paling berpengaruh di dunia, termasuk Procter & Gamble, Volvo, Haleon, Circle K dan The Coca-Cola Company. Komitmen terhadap keberkesanan ini telah membolehkan Grey meraih Grand Effie di setiap pasaran tempat ia beroperasi. Grey diiktiraf sebagai pemenang Fast Company World Changing Ideas 2025 dan meraih 26 Lions pada Cannes Lions International Festival of Creativity 2026, sekali gus menyumbang kepada pengiktirafan Ogilvy sebagai Network of the Year. Newsweek turut menyenaraikan Grey dalam Top 100 Global Most Loved Workplace pada tahun 2024 serta sebagai salah satu America's Greatest Workplaces for Women and Professional Services pada tahun 2025. Grey ialah sebahagian daripada WPP, rakan kongsi pertumbuhan yang dipercayai bagi jenama terkemuka dunia. Didorong oleh bakat luar biasa serta platform pemasaran agentik kami, WPP Open, WPP menyatukan cerapan media dan penyelesaian data termaju, kreativiti, pengeluaran, penyelesaian perusahaan serta khidmat nasihat strategik pakar.  
 
____________________
1 Alan Schwarz (17 Mac 2026). Forbes - Best Brands For Social Impact 2026.https://www.forbes.com/lists/best-brands-social-impact/
2 Alan Schwarz (14 Oktober 2025). Forbes - Best Customer Service 2026.https://www.forbes.com/lists/best-customer-service/
3 Happi’s Top 50 Report. https://www.happi.com/top-companies-reports/top-50-us-companies/
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260901735460/en

Contacts

Mary Kay Inc. Corporate Communications
newsroom.marykay.com
972.687.5332 atau media@mkcorp.com
 
Sumber: Mary Kay Inc.

--BERNAMA 
Back to Home