Aukera Memuktamadkan Fasiliti Kredit Berstruktur Bernilai €460 Juta yang Diterajui oleh EIG untuk Menyokong Portfolio Infrastruktur Tenaga Eropah

Released on: Thursday, 03 Sep 2026 12:17PM

BRUSSELS & WASHINGTON, 3 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Aukera, platform penyimpanan bateri dan tenaga boleh diperbaharui seluruh Eropah yang disokong oleh AtlasInvest, Reggeborgh dan SFPIM (dana pelaburan berdaulat Belgium), mengumumkan pemuktamadan fasiliti kredit berstruktur bernilai €460 juta, di mana EIG, pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, bertindak sebagai pelabur utama.

Dengan pembiayaan yang telah diperoleh, Aukera melangkah ke fasa pertumbuhan seterusnya, dengan menggabungkan modal, kepakaran dan keupayaan pelaksanaan untuk membina sebuah platform infrastruktur tenaga Eropah signifikan yang membangunkan, membiayai, membina dan mengendalikan aset pada skala yang besar.

Fasiliti asal tersebut merangkumi komitmen awal bernilai €200 juta serta ciri peningkatan jumlah pinjaman sehingga €250 juta. Fasiliti yang telah dipinda itu menukar ciri peningkatan tersebut kepada bahagian Siri 2 bernilai €260 juta yang dijamin sepenuhnya, menaikkan jumlah modal yang dijamin kepada €460 juta. Tambahan modal ini akan menyokong kemajuan berterusan portfolio Aukera dalam bidang penjanaan tenaga boleh diperbaharui, penyimpanan bateri serta projek infrastruktur tenaga di lima pasaran Eropah iaitu Belgium, United Kingdom, Jerman, Romania dan Itali.

Sejak memperoleh fasiliti asal tersebut, Aukera terus membuktikan keupayaannya merancang, membiayai dan melaksanakan projek infrastruktur tenaga pada skala yang besar di pelbagai pasaran. Syarikat kini mempunyai hampir 1 GW nilai projek yang sedang dalam pembinaan atau telah beroperasi di kesemua pasaran operasinya. Seiring dengan pencapaian tersebut, Aukera terus memajukan saluran pembangunan bernilai 14 GW yang merangkumi peluang tenaga boleh diperbaharui dan infrastruktur tenaga di seluruh Eropah.

Catalin Breaban dan Pascal Emsens, Pengasas Bersama Aukera, mengulas:

“Kami percaya Eropah perlu sekurang-kurangnya meningkatkan empat kali ganda kapasiti penyimpanan baterinya untuk mencapai sasaran Kesatuan Eropah iaitu 200 GW menjelang tahun 2030. Hal ini bukan sahaja memerlukan modal, tetapi juga tenaga kerja dan platform yang mampu melaksanakan projek infrastruktur yang kompleks secara berulang, tepat pada masanya, mengikut bajet, serta merentasi berbilang pasaran.

Fasiliti bersama EIG ini mengukuhkan kedudukan kewangan Aukera untuk melaksanakan perkara tersebut. Dengan hampir 1 GW dalam pembinaan atau operasi hari ini, senarai projek pembangunan bernilai 14 GW, serta tenaga kerja yang mempunyai kepakaran mendalam merangkumi pembangunan, pembiayaan, pelaksanaan, pengoptimuman hasil dan pengurusan aset yang canggih, kami menjangkakan Aukera akan muncul sebagai salah satu platform penyimpanan bateri dan tenaga boleh diperbaharui yang bertapak kukuh di Eropah. Kami berada dalam kedudukan yang sangat baik untuk terus membina infrastruktur yang menyokong sistem tenaga Eropah yang terus berkembang.”

Rob Johnson, Presiden & CIO, Pengurusan Kredit EIG, mengulas:

“Kami berasa gembira kerana dapat memperkukuhkan hubungan kami dengan Aukera melalui fasiliti yang telah diperluaskan ini. Aukera telah berjaya membina portfolio yang pelbagai di beberapa pasaran Eropah, disokong oleh tenaga kerja yang berpengalaman dengan kepakaran merangkumi pembangunan projek, pembiayaan, pembinaan dan pengendalian. Transaksi ini menunjukkan keyakinan EIG terhadap pasukan serta strategi Aukera, selaras dengan fokus kami dalam memberikan penyelesaian modal yang fleksibel kepada platform infrastruktur tenaga yang telah bertapak kukuh.”

Penasihat utama bagi transaksi ini ialah Nomura Greentech (Penasihat Kewangan Penerbit), A&O Shearman (Penasihat Undang-Undang Penerbit), White & Case (Penasihat Undang-Undang Pelabur), Watson Farley & Williams (Usaha Wajar Undang-Undang), RINA Consulting (Usaha Wajar Teknikal), Forvis Mazars (Model, Kewangan dan Cukai), serta Aurora Energy Research (Usaha Wajar Pasaran).

Maklumat Tentang Aukera Energy

Aukera ialah platform tenaga boleh diperbaharui yang merangkumi seluruh Eropah dan diterajui oleh BESS, dan beribupejabat di Brussels. Ditubuhkan bersama pada tahun 2021 oleh Pascal Emsens dan Catalin Breaban, Aukera membangunkan, membiayai, membina dan mengendalikan infrastruktur tenaga boleh diperbaharui serta penyimpanan tenaga bateri di Belgium, United Kingdom, Jerman, Romania dan Itali.

Aukera mempunyai hampir 1 GW projek yang sedang dalam pembinaan atau telah beroperasi, serta senarai projek pembangunan yang melebihi 14 GW. Syarikat ini disokong oleh AtlasInvest, Reggeborgh dan SFPIM iaitu dana pelaburan berdaulat Belgium, dengan pejabat di Brussels, London, Edinburgh, Berlin, Rom dan Bucharest.

Untuk maklumat lanjut lawati www.aukera.energy.

Maklumat Tentang EIG

EIG ialah pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, dengan nilai aset di bawah pengurusan berjumlah $27.1 bilion setakat 30 Jun 2026. EIG mengkhususkan dalam pelaburan swasta bagi infrastruktur tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga di seluruh dunia. Sepanjang sejarah operasinya selama 44 tahun, EIG telah memberi komitmen terhadap lebih daripada $55 bilion kepada sektor tenaga melalui lebih daripada 425 projek atau syarikat di 44 negara merangkumi enam benua. Klien EIG termasuk banyak pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, dana wakaf, yayasan serta dana pelaburan berdaulat di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. Ibu pejabat EIG terletak di Washington, D.C., dengan pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi EIG di www.eigpartners.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Hubungan Media
 
Aukera Energy
Rosie Burgering
rosie.burgering@aukera.energy
+44 (0)7494 021 122
 
EIG
FGS Global
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG@fgsglobal.com
 
Sumber: EIG

--BERNAMA
Back to Home