Mary Kay Mempercepat Inovasi Kecantikan dan Transformasi Digital

Released on: Friday, 21 Aug 2026 9:33AM

Table

Ryan Rogers, Ketua Pegawai Eksekutif Mary Kay Inc. (Kredit Imej: Mary Kay Inc.)


Meraikan Inisiatif Utama yang Memperkukuh Kedudukan Mary Kay untuk Pengguna Hari Ini dan Masa Akan Datang


DALLAS, 21 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc. (“Mary Kay”), peneraju ikonik global dalam bidang kecantikan dan keusahawanan, pada hari ini mengumumkan pencapaian perniagaan yang transformatif, serta mengajak generasi akan datang untuk melibatkan diri dengan jenama Mary Kay yang dimodenkan.

Pernyataan daripada Ryan Rogers , Ketua Pegawai Eksekutif Mary Kay :

“Kami mencorakkan semula detik ini untuk Mary Kay. Kami melabur dalam teknologi dan penyelidikan bertujuan mewujudkan pengalaman digital yang lancar sambil memelihara hubungan peribadi dan kesedaran komuniti yang sentiasa membezakan Mary Kay. Daripada pelancaran Mary Kay My Shop kepada inovasi produk generasi akan datang dan impak yang didorong oleh tujuan, setiap pencapaian penting mengetengahkan momentum di sebalik transformasi kami. Membina legasi keusahawanan sejak lebih 60 tahun, kami membayangkan semula sejauh mana pengguna melibatkan diri dengan Mary Kay, bertemu mereka di mana sahaja mereka berhubung, membeli-belah dan berkongsi, sambil meluaskan peluang bagi Perunding Kecantikan Bebas kami berkembang maju dalam dunia digital yang pantas bergerak. Diketuai oleh pemimpin transformasi di seluruh organisasi, Mary Kay mengubah cita-cita yang berani kepada pertumbuhan strategik, mewujudkan nilai yang berkekalan untuk generasi pemegang kepentingan.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pasukan kepimpinan transformasi, sila kunjungi laman web global Mary Kay.

MARY KAY MY SHOP: MENGUBAH CARA PEMBELI DALAM TALIAN MENGAKSES PENGALAMAN JENAMA

· Mary Kay My Shop merupakan evolusi digital yang mengoptimumkan pengalaman pembelian pengguna bagi memenuhi keperluan generasi natif digital yang mengharapkan kemudahan, pilihan dan interaksi yang lancar. My Shop bukan sahaja memperkemas pembelian produk Mary Kay secara langsung dalam talian, malah kedai tersebut juga memudahkan untuk berhubung dengan Perunding Kecantikan Bebas bagi perkhidmatan yang diperibadikan.
· My Shop merupakan platform bersepadu yang mengutamakan awan, turut mempersiapkan Perunding Kecantikan Bebas dengan muka kedai dalam talian baharu yang diperibadikan , serta dihubungkan dengan keupayaan e-dagang, pembayaran, pemenuhan dan media sosial Mary Kay, membolehkan pihak Mary Kay bertemu pelanggan di mana sahaja mereka berada, sama ada secara bersemuka, dalam talian, atau melalui platform sosial. Fleksibiliti berkenaan amat penting dalam pasaran hari ini, apabila perdagangan mudah alih menyumbang lebih 62% daripada jualan kecantikan. Untuk meneroka, sila kunjungi laman web Mary Kay.
· Dilancarkan di Amerika Syarikat dan Jerman pada tahun 2025, My Shop berkembang ke Kanada, Mexico dan Sepanyol pada musim panas tahun 2026 dan sedang dilancarkan secara beransur-ansur di pasaran global.

PERTEMUAN INOVASI KECANTIKAN TERANGKUM DAN PINTAR DENGAN RUTIN GENERASI AKAN DATANG
· Mary Kay mentakrifkan kecantikan moden dengan portfolio yang direka bentuk untuk cara kehidupan dan persiapan pengguna pada hari ini. Barisan produk Mary Kay merangkumi penjagaan kulit pintar, inovasi rupa kulit yang terangkum dan alat solek yang dihasilkan untuk ekspresi diri yang bersahaja, berserta penyelesaian kesihatan yang melengkapi mana-mana rutin kecantikan, menyantuni pengguna generasi akan datang di mana sahaja mereka berada dalam perjalanan kecantikan dan kehidupan harian masing-masing.
· Penjagaan kulit diutamakan: Pemulih Rintangan Kulit 1:1:3 Mary Kay Clinical Solutions® menggunakan nisbah asid lemak, seramida dan kolesterol yang dipatenkan untuk menyokong rintangan kulit, manakala Pupur Krim Pelembap Mary Kay® menawarkan kelembapan tanpa bilas di mana-mana sahaja mereka berada. Bedak Asas 3D TimeWise® menyampaikan prestasi padanan sebenar kepada anda dalam 36 rona warna sepadan tona kulit asli dan prestasi yang mengutamakan kesihatan kulit.
· Pasangan mata ikonik: Daripada definisi yang berani kepada penanggalan mudah, Maskara Menegaskan Bentuk+Melentikkan Bulu Mata Lash Love Fanorama® dan Pembersih Mekap Mata Bebas Minyak Mary Kay® membantu pencinta kecantikan mencipta, mengekspresikan dan menyegarkan apa-apa penampilan dengan mudah.
· Pembungkusan produk dan mendapatkan sumber bahan dengan bertanggungjawab: Mary Kay mengurangkan intensiti plastik, meningkatkan kandungan bahan kitar semula dan memajukan pembungkusan sedia kitar semula, termasuk botol Losyen Menegangkan Kulit Targeted-Action® TimeWise® dengan 94% bahan kitar semula yang dilupuskan pengguna. Mary Kay juga menyokong mendapatkan sumber minyak kacang Shea dan minyak Kelapa Sawit dengan bertanggungjawab melalui Gabungan Shea Global (Global Shea Alliance) dan Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Mampan (Roundtable on Sustainable Palm Oil). Sila Terokai Laporan Kelestarian Mary Kay 2026 di sini.
· Teknologi Kecantikan: Untuk memperibadikan saranan produk dan mempertingkat pengalaman pelanggan, Pencari Bedak Asas Mary Kay yang dikuasakan AI menggunakan kecerdasan buatan canggih untuk mengimbas muka pelanggan pada telefon mudah alih mereka dan memberikan saranan warna bedak asas yang diperibadikan dalam beberapa saat sahaja dengan pengesanan 151 titik ciri muka yang tepat.
· Tersedia di seluruh dunia, Pencari Bedak Asas Mary Kay telah memperoleh pengiktirafan peringkat tertinggi.

SKUAD SOSIAL GLOBAL MARY KAY: MENGAKTIFKAN KOMUNITI GLOBAL PENCIPTA SOSIAL YANG BAHARU MUNCUL
· Dilancarkan pada bulan Mac 2026, Skuad Sosial Global Mary Kay merupakan program rintisan strategik yang memperkasa generasi baharu pencerita digital dan mengukuhkan hubungan dengan pencinta kecantikan di seluruh dunia.
· Program ini memperkasa Perunding Kecantikan Bebas untuk menjadi pencipta sosial asli, berkongsi pendidikan produk, inspirasi kecantikan dan trend kecantikan terkini melalui kandungan yang berkaitan dan berkualiti tinggi. Program rintisan yang julung kali diadakan ini menghimpunkan lebih daripada 70 pencipta di 15 pasaran merentasi empat rantau: Amerika Utara, Asia Pasifik, Amerika Latin dan Eropah.
· Dengan melabur dalam pendidikan pencipta dan komuniti, Mary Kay membina rangkaian yang mengutamakan interaksi sosial, serta mengembangkan jenama dan penemuan produk, sekali gus mendekatkan Mary Kay kepada para pengguna di seluruh dunia.

KEBANGKITAN KEUSAHAWANAN

· Menarik Minat Usahawan Generasi Akan Datang: Dibina atas kepercayaan Mary Kay Ash terhadap kuasa wanita yang saling menyokong sesama wanita, Mary Kay menghubungkan para pengguna dan usahawan yang ingin berkembang, memberikan kembali kepada masyarakat dan menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar berbanding diri mereka sendiri.. Didorong oleh tujuan, serta menggabungkan hubungan digital dan peribadi, peluang perniagaan Mary Kay adalah sejajar dengan cita-cita keusahawanan, kefasihan teknologi dan keinginan yang kuat untuk komuniti Gen Z. Gen Z mewakili 9% perniagaan Amerika Syarikat yang dimulakan pada tahun 20251 . Lebih daripada separuh bilangan individu dewasa Gen Z telah mempertimbangkan secara serius untuk memulakan perniagaan, menonjolkan keinginan yang kuat terhadap laluan fleksibel ke arah keusahawanan2 .
· Acara yang Mengutamakan Interaksi Sosial: Mary Kay terus melabur dalam acara pasukan jualan ikonik seperti "Seminar" dan "Persidangan Kepimpinan" yang menghimpunkan komuniti Mary Kay merentasi pasaran bertujuan meraikan pencapaian perniagaan dan mengukuhkan hubungan yang cukup bermakna. Acara juga berkembang menjadi pengalaman yang mengutamakan interaksi sosial dan didayakan teknologi dibina untuk para usahawan kecantikan. Lebih daripada sekadar acara, ini adalah titik permulaan untuk generasi akan datang, melengkapkan ahli pasukan jualan bebas dengan kepakaran media sosial, pendidikan e-dagang dan alatan digital pintar untuk berhubung, berkembang dan memimpin.

TUJUAN DALAM TINDAKAN: PINK CHANGING LIVES®

· Sebagai peneraju kecantikan global, Mary Kay memupuk komuniti bertenaga, yang berakar umbi dalam tujuan, kepercayaan dan rasa kekitaan, seiring dengan seluruh generasi dan mewujudkan kaitan budaya dalam kalangan generasi akan datang.
· Tujuan tersebut meliputi komuniti melalui Pink Changing Lives ®, program impak sosial global Mary Kay, yang sejak tahun 2008 telah menyumbang lebih daripada $230 juta dalam bentuk bantuan kewangan dan barangan bertujuan memperkaya kehidupan wanita serta keluarga mereka dengan memajukan penyelidikan kanser, menyokong mangsa keganasan rumah tangga dan mewujudkan peluang untuk pemerkasaan ekonomi di seluruh dunia.

PENGIKTIRAFAN JENAMA GLOBAL PERINGKAT TERTINGGI

· Mary Kay telah dinobatkan sebagai Jenama Jualan Langsung #1 dalam Penjagaan Kulit dan Kosmetik Warna di Dunia3 oleh Euromonitor International untuk empat tahun berturut-turut (2023-2026).
· Mary Kay menduduki tempat #2 dalam senarai Perkhidmatan Pelanggan Terbaik Forbes 2026 melonjak naik daripada kedudukan ke-93 pada tahun 20254 . Mary Kay merupakan satu-satunya jenama Kecantikan dalam senarai 15 Jenama Terbaik dan satu-satunya syarikat jualan langsung dalam 50 Syarikat Terbaik.
· Mary Kay menduduki tempat #8 daripada 5,500 jenama dalam Jenama Terbaik untuk Impak Sosial 2026 Forbes5 meningkat daripada pencapaian cemerlang #9 pada tahun 2025. Mary Kay merupakan satu-satunya jenama Kecantikan dalam senarai 15 Jenama Terbaik dan satu-satunya syarikat jualan langsung dalam senarai tersebut.
· Mary Kay menduduki tempat #13 dalam Laporan 50 Syarikat Terbaik Amerika Syarikat 2026 Happi6 .

ADAKAH ANDA TAHU:

· 63% Pasukan Eksekutif, 64% Saintis Penyelidikan dan Pembangunan, 79% Pasukan Jenama Global dan Kreatif Global, 63% Tenaga Kerja Global kami dan 60% Jawatan Kepimpinan dalam 10 Pasaran Terbaik Mary Kay dipegang oleh wanita7 .

 Maklumat tentang Mary Kay

Sebagai antara wanita perintis yang memecahkan halangan “siling kaca”, Mary Kay Ash mengasaskan jenama kecantikan impiannya di Texas pada 1963 dengan satu matlamat, iaitu memperkaya kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi sebuah syarikat global dengan jutaan anggota tenaga jualan bebas di 40 pasaran. Selama lebih 60 tahun, peluang perniagaan Mary Kay telah memperkasa wanita untuk menentukan masa depan mereka sendiri melalui pendidikan, bimbingan, advokasi dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains kecantikan serta menghasilkan produk penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya akan kepentingan memelihara planet kita untuk generasi akan datang, melindungi wanita yang terjejas akibat kanser dan keganasan rumah tangga serta menggalakkan golongan muda mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com. Ikuti kami di Facebook, Instagram dan LinkedIn.
 
____________________
1 Buat Pertama Kali, Usahawan Gen Z Melebihi Bilangan Generasi Baby Boomer dalam Permulaan Perniagaan Baharu, Menurut Laporan Baharu daripada Gusto
2 Kajian LendingTree 2026
3”Sumber Euromonitor International Limited; Kecantikan dan Penjagaan Peribadi Edisi 2026, Nilai Jualan pada Harga Jualan Runcit, Data Tahun 2025”
4 Alan Schwarz (14 Oktober 2025). Forbes - Perkhidmatan Pelanggan Terbaik 2026. https://www.forbes.com/lists/best-customer-service/
5 Alan Schwarz (17 Mac 2026). Forbes - Jenama Terbaik Untuk Impak Sosial 2026. https://www.forbes.com/lists/best-brands-social-impact/
6 Laporan 50 Terbaik Happi. https://www.happi.com/top-companies-reports/top-50-us-companies/
7Perwakilan dan Kepimpinan Wanita di Mary Kay (Mei 2026).
 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260819989520/en

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
Newsroom.marykay.com
972.687.5332 ataumedia@mkcorp.com

Sumber: Mary Kay Inc.
 
--BERNAMA
Back to Home