Peneraju Industri Kecantikan Menduduki Tempat Ke-8 dalam Senarai Jenama Terbaik bagi Impak Sosial Tahun 2026 ForbesDALLAS, 31 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., syarikat kecantikan global terkemuka yang komited terhadap kemampanan dan pemerkasaan wanita, hari ini menerbitkan
Laporan Kemampanan Tahun 2026, yang menggariskan kemajuan ke arah matlamatnya bagi tahun 2030 serta meraikan pencapaian sepanjang tahun 2025 dan pencapaian terkini yang terus memacu perubahan positif di seluruh dunia.
Laporan tahunan tersebut menonjolkan dedikasi Mary Kay selama berdekad-dekad terhadap
kemampanan sosial, ekonomi dan alam sekitar - iaitu tonggak utama yang menjadi teras strategi perniagaannya serta legasi berteraskan tujuan yang berpaksikan misi syarikat untuk “memperkaya kehidupan wanita” di seluruh dunia.
“Komitmen Mary Kay untuk memperkaya kehidupan wanita terus menjadi panduan dalam cara kami beroperasi, berinovasi dan mewujudkan impak mampan dalam industri kecantikan, sambil memajukan keusahawanan wanita bagi semua generasi di seluruh dunia,” kata
Ryan Rogers , Ketua Pegawai Eksekutif Mary Kay . “Laporan ini mencerminkan kemajuan terukur yang kami capai terhadap komitmen tahun 2030 kami serta perubahan transformatif dari segi sosial, ekonomi dan alam sekitar yang kami bantu wujudkan untuk manusia, komuniti dan planet ini.”
Daripada biodiversiti dan pengurusan produk yang bertanggungjawab kepada pemerkasaan wanita serta inovasi digital, Mary Kay terus menerapkan kemampanan dalam seluruh operasinya bagi memajukan impak positif di seluruh dunia. Berikut ialah pencapaian utama bagi tahun 2025:
ALAM SEKITAR·
Pembungkusan Bertanggungjawab: Mary Kay menegaskan semula komitmennya untuk mengurangkan intensiti penggunaan plastik, meningkatkan kandungan kitar semula pascapengguna (PCR) serta menambah penggunaan pembungkusan sedia dikitar semula atau boleh dikitar semula
¹. Sebagai contoh, botol Mary Kay TimeWise
® Targeted-Action
® Toning Lotion mengandungi 94% kandungan kitar semula pascapengguna (PCR)
².
·
Pemuliharaan Sumber: Mary Kay mengutamakan penggunaan sumber kertas mampan bagi kotak produk dan sisipan kertas, kotak pengedaran serta kotak penghantaran. Sebanyak 100% kotak kertas produk Mary Kay di benua Amerika dan Eropah kini sedia untuk dikitar semula. Mary Kay menyasarkan 90% kotak produk diperakui di seluruh dunia menjelang tahun 2030 dan menyokong Forest Stewardship Council® (FSC®), sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang menggalakkan pengurusan hutan dunia secara bersesuaian dengan alam sekitar, bermanfaat kepada masyarakat dan berdaya maju dari segi ekonomi.
·
Keanggotaan Berimpak bagi Pemerolehan Mampan Mary Kay telah menyokong organisasi global seperti Global Shea Alliance sejak tahun 2023 dan Roundtable on Sustainable Palm Oil sejak tahun 2014.
·
Pengurusan Air: Sebanyak 100% air yang digunakan di Richard R. Rogers Manufacturing/R&D Center (R3) global di Texas dirawat dan dikitar semula ke dalam kawasan tadahan air setempat.
·
Perkongsian Berimpak: Mary Kay meraikan kerjasama selama 39 tahun dengan The Nature Conservancy, yang merangkumi sokongan terhadap lebih 100 projek pemuliharaan di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.
SOSIAL·
Pink Changing Lives® : Mary Kay Inc. dan empat yayasan tajaan syarikatnya di seluruh dunia telah menyumbangkan lebih $230 juta dalam bentuk sumbangan kewangan dan barangan sejak tahun 1996
³ - termasuk melalui pembiayaan penyelidikan kanser, bantuan kepada mangsa keganasan rumah tangga serta pewujudan peluang untuk wanita dan keluarga mereka di seluruh dunia.
·
Pemerkasaan Wanita: Di seluruh dunia, lebih 600,000 wanita telah menerima impak positif melalui inisiatif pemerkasaan yang diterajui dan disokong oleh Mary Kay, merangkumi bidang keusahawanan, pendidikan dan pembangunan komuniti. Pada tahun 2025, Mary Kay meneruskan kerjasama jangka panjangnya dengan City of Lewisville, Lewisville Independent School District Education Foundation dan INCubatoredu untuk menyokong pelajar sekolah menengah menerusi kurikulum keusahawanan selama setahun. Program ini direka untuk mendedahkan mereka kepada prinsip dan amalan perniagaan dunia sebenar serta proses penciptaan perniagaan, sebelum diakhiri dengan acara pembentangan bagi merebut pembiayaan permulaan.
·
Masa Depan STEM: Sebanyak 51 geran bernilai lebih $234,000 telah dianugerahkan kepada wanita muda dari 17 negara yang ingin menceburi kerjaya STEM. Sehingga 2025, sebanyak 10 geran turut dianugerahkan kepada pelajar wanita menerusi Biasiswa Madam C.J. Walker bersama Society of Cosmetic Chemists yang ditaja oleh Mary Kay. Lebih 300 wanita muda telah didedahkan kepada laluan kerjaya STEM melalui pengalaman mendalam di Richard R. Rogers Manufacturing/R&D Center (R3) global.
·
Perkongsian Berimpak: Mary Kay berperanan sebagai Organisasi Anugerah Khas (SAO) di International Science and Engineering Fair pada tahun 2024 dan 2025, dengan menganugerahkan sejumlah 18 geran kepada inovator generasi seterusnya dalam pelbagai kategori STEM.
EKONOMI·
Dipacu oleh Wanita: Wanita merangkumi 63% daripada Pasukan Eksekutif, 64% saintis Penyelidikan dan Pembangunan, 79% daripada Pasukan Jenama Global dan Kreatif Global, 63% tenaga kerja global kami serta 60% jawatan kepimpinan dalam 10 pasaran utama Mary Kay
⁴ .
·
Jejak Global: Mary Kay meraikan kehadirannya di 40 pasaran di seluruh dunia menerusi beberapa ulang tahun penting pada 2025: Argentina (45 tahun); China (30); Portugal (30); Kazakhstan (25); Malaysia (25); Filipina (25); Slovakia (25); Armenia (15); dan Colombia (10).
·
Transformasi Digital: Teras transformasi digital Mary Kay ialah
strategi yang mengutamakan awan dan pemodenan menyeluruh infrastruktur teknologi syarikat, termasuk pemindahan lebih 95% aplikasi tersuai kepada SaaS bersepadu
⁵ bagi menyokong operasi kritikal, daripada e-dagang hingga rantaian bekalan dan sistem ERP
⁶. Antara pencapaian utama pada 2025 ialah pelancaran platform
My Shop di Jerman dan Amerika Syarikat. My Shop memperkasa Perunding Kecantikan Bebas dengan etalase dalam talian diperibadikan yang disepadukan sepenuhnya dengan sistem e-dagang, pembayaran dan pemenuhan pesanan Mary Kay yang lebih luas, sekali gus memenuhi keperluan pengguna terhadap pengalaman pembelian yang lancar, tersedia atas permintaan dan mudah. My Shop sedang diperkenalkan secara berperingkat di seluruh dunia mulai tahun 2026 dan seterusnya.
·
Diperakui dari Segi Kualiti: Mary Kay memperoleh pensijilan ISO 22716, piawaian emas global bagi Amalan Pengilangan Baik (GMP) dalam industri kosmetik, di Richard R. Rogers Manufacturing/R&D Center (R3) globalnya di Lewisville, Texas.
·
Advokasi: Mary Kay terlibat dengan lebih 100 persatuan perdagangan di seluruh dunia dalam pelbagai isu dasar, daripada jualan langsung dan keusahawanan kepada penjagaan diri, rantaian bekalan serta logistik.
Menduduki Tangga Teratas: Pada tahun 2025, Mary Kay meraih
25 anugerah korporat yang merangkumi kecemerlangan korporat, industri jualan langsung, impak sosial, kemampanan serta sains dan inovasi.
Pengiktirafan Global Terkini pada Peringkat Tertinggi Termasuk:· Mary Kay
dinamakan sebagai Jenama Jualan Langsung No. 1 Dunia bagi Penjagaan Kulit dan Kosmetik Warna
⁷ oleh Euromonitor International selama empat tahun berturut-turut (2023–2026).
· Mary Kay
menduduki tempat ke-2 dalam senarai Perkhidmatan Pelanggan Terbaik Forbes 2026, meningkat daripada tempat ke-93 pada tahun 2025⁸ . Mary Kay ialah satu-satunya jenama kecantikan dalam kelompok 15 teratas dan satu-satunya syarikat jualan langsung dalam kelompok 50 teratas.
· Mary Kay
menduduki tempat ke-8 daripada 5,500 jenama
dalam senarai Jenama Terbaik bagi Impak Sosial Forbes 2026⁹ meningkat daripada kedudukan cemerlang di tempat ke-9 yang dicapai pada 2025. Mary Kay ialah satu-satunya jenama kecantikan dalam kelompok 15 teratas dan satu-satunya syarikat jualan langsung dalam senarai tersebut.
· Mary Kay
menduduki tempat ke-19 dalam senarai 100 Syarikat Kecantikan Teratas 2025 oleh Women’s Wear Daily Beauty Inc., yang diterbitkan pada tahun 2026.
Laporan Kemampanan Mary Kay tahun 2026 diselaraskan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menjadi penanda aras bagi pihak berkepentingan serta rakan kongsi yang berusaha memacu impak kolektif.
Untuk melihat laporan penuh, sila layari
pautan ini.
Maklumat tentang Mary KaySebagai antara wanita perintis yang memecahkan halangan “siling kaca”, Mary Kay Ash mengasaskan jenama kecantikan impiannya di Texas pada 1963 dengan satu matlamat, iaitu memperkaya kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi sebuah syarikat global dengan jutaan anggota tenaga jualan bebas di 40 pasaran. Selama lebih 60 tahun, peluang perniagaan Mary Kay telah memperkasa wanita untuk menentukan masa depan mereka sendiri melalui pendidikan, bimbingan, advokasi dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains kecantikan serta menghasilkan produk penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya akan kepentingan memelihara planet kita untuk generasi akan datang, melindungi wanita yang terjejas akibat kanser dan keganasan rumah tangga serta menggalakkan golongan muda mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di
marykayglobal.com. Ikuti kami di
Facebook,
Instagram dan
LinkedIn.
¹ Boleh dikitar semula hanya di lokasi yang mempunyai kemudahan berkaitan.
² Peratusan kandungan kitar semula pascapengguna mungkin berbeza-beza bergantung pada ketersediaan dan wilayah geografi.
³ Walaupun syarikat telah memberikan sokongan dermawan kepada pelbagai usaha kebajikan selama berdekad-dekad, pendokumentasian rasmi bermula pada tahun 1996 dengan penubuhan Mary Kay Ash Foundation® di Amerika Syarikat.
⁴ Women Representation and Leadership at Mary Kay (Mei 2026).
₅ Penyelesaian platform SaaS: model perisian berasaskan awan yang membolehkan pengguna mengakses aplikasi dari jauh melalui Internet.
⁶ Penyelesaian ERP Global: sistem perancangan sumber khusus yang direka untuk mengurus operasi multinasional merentasi pelbagai negara, rantau, mata wang dan bahasa, dengan menyepadukan proses perniagaan seperti kewangan, sumber manusia, jualan dan pengurusan inventori dalam satu platform, sekali gus membolehkan aliran data yang lancar serta analitik masa nyata.
⁷ “Sumber: Euromonitor International Limited; Beauty and Personal Care 2026 Edition, Jualan Nilai pada Harga Jualan Runcit (RSP), Data 2025”
⁸ Alan Schwarz (Oktober 14, 2025). Forbes - Best Customer Service 2026.
https://www.forbes.com/lists/best-customer-service/⁹ Alan Schwarz (Mac 17, 2026). Forbes - Best Brands For Social Impact 2026.
https://www.forbes.com/lists/best-brands-social-impact/Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260730240667/en HubungiKomunikasi Korporat Mary Kay Inc.
newsroom.marykay.com972.687.5332 atau
media@mkcorp.com Sumber: Mary Kay Inc.
--BERNAMA