OSAKA, Jepun, 27 Julai, 2026 /Kyodo JBN/ --Unit Perniagaan Strategik (SBU) Polimer Berprestasi Tinggi (HPPs) Daicel Corporation (dahulunya Polyplastics Co., Ltd.), sebuah peneraju global di dalam plastik kejuruteraan, telah melancarkan empat gred POM DURACON (R) baharu yang mengandungi 30% bahan kitar semula pasca pengguna (PCR). Penawaran baharu PCR-POM ini merangkumi gred "standard, VOC rendah, gelinciran dan lasak" yang membolehkan pelanggan untuk memilih bahan yang sesuai dengan keperluan penggunaan mereka.
Imej:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M100475/202607152558/_prw_PI1fl_4193114y.pngGred-gred yang baharu dibangunkan ini pertama kali diperkenalkan di CHINAPLAS 2026 yang berlangsung di Shanghai pada April lalu. Gred standard PCR-POM itu menawarkan kadar aliran lebur sebanyak 9 manakala bahan gred VOC rendah memenuhi keperluan pengeluar peralatan asal (OEM). Gred gelinciran menawarkan prestasi gelinciran yang jauh lebih baik manakala gred tahan lasak memberikan prestasi yang setanding dengan gred POM berasaskan bahan mentah baharu.
Sejak tahun 2023, Daicel telah menawarkan perkhidmatan pengkompaunan semula DURACIRCE (R) yang mengitar semula sisa plastik yang dikumpulkan dari kilang pelanggan. Walaupun tumpuan sebelumnya adalah pada kitar semula pasca industri (PIR) yang menggunakan semula sisa yang dihasilkan semasa pembuatan, PCR-POM yang sedang dibangunkan itu menggunakan POM yang telah digunakan di pasaran sebagai bahan mentah kitar semula.
Satu cabaran utama dalam penggunaan bahan PCR ialah kepelbagaian sifat bahan dan memastikan kualiti yang konsisten. Dengan memanfaatkan kepakaran jangka panjang dalam teknologi pengkompaunan kawalan kualiti. Daicel telah mengesahkan bahawa sifat mekanikal utama kekal pada tahap yang setanding dengan gred konvensional, walaupun dengan kandungan kitar semula 30% (berdasarkan ujian dalaman).
POM DURACON (R) telah diguna pakai merentasi pelbagai sektor perindustrian. Ia menawarkan kekuatan/ketegaran mekanikal yang tinggi, rintangan haus yang sangat baik, sifat gelinciran yang baik dan kestabilan dimensi yang tinggi. Ia digunakan secara meluas di dalam penggunaan seperti gear, penyambung, komponen berketepatan tinggi dan komponen automotif.
Daicel kini meneruskan usaha penyelidikan dan pembangunan bagi memperluaskan rangkaian produk PCR-POM untuk memenuhi keperluan penggunaan yang lebih pelbagai pada masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://hpps.daicel.com/global/s/ourapproach/a5nRB000005SAUbYAO/272?language=en_USMaklumat mengenai SBU Polimer Berprestasi Tinggi Daicel Corporation
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202607152558-O1-06622HZp.pdfDURACON (R) ialah tanda dagangan berdaftar milik Daicel Corporation di Jepun dan negara-negara lain.
Sumber: Unit Perniagaan Strategik SBU Daicel Corporation
--BERNAMA