Pesona Zen yang Elegan di Gunung Niushou: Nikmati Ketenangan Musim Panas yang Mendamaikan di Nanjing

Released on: Friday, 24 Jul 2026 4:12PM


Table
Kawasan Pelancongan Budaya Gunung Niushou


NANJING, China, 24 Julai, 2026 /Xinhua-AsiaNet/ --

Ketika bahang musim panas menyelubungi Nanjing dan gelombang haba memenuhi jalan-jalan di bandar, Kawasan Pelancongan Budaya Gunung Niushou berubah daripada keindahan musim bunga kepada panorama hutan hijau yang subur, dengan dikelilingi lautan awan yang tenang. Keindahan landskap Zen yang menggabungkan gunung dan air berpadu harmoni dengan warisan budaya yang mendalam. Pada waktu siang, pengunjung disajikan suasana alam yang mendamaikan dan menyegarkan jiwa, manakala pada waktu malam, cahaya gemerlapan menyerlahkan pesona kawasan ini. Keindahan siang dan malam yang saling melengkapi menghasilkan pengalaman pelancongan budaya yang mengimbangi dinamisme dan ketenangan, menghubungkan warisan silam dengan kehidupan moden, sekali gus menjadikan Gunung Niushou sebuah destinasi percutian musim panas yang puitis serta ideal untuk penghayatan budaya di Nanjing.

Terapi Alam Semula Jadi di Hutan Pergunungan dan Pengalaman Budaya pada Waktu Siang

Pada musim panas, lereng-lereng Gunung Niushou yang menghijau menjadi tempat perlindungan yang nyaman, jauh daripada kesibukan kota. Bayu gunung bertiup lembut merentasi hutan, membawa haruman bunga teratai, aroma tumbuh-tumbuhan yang menyegarkan serta bau harum cendana dari tokong-tokong purba, sekali gus menenangkan jiwa pengunjung. Pengunjung boleh bersantai di tepi anak sungai untuk menenangkan fikiran atau bermeditasi di bawah redup cahaya matahari yang menembusi celahan pepohonan. Mereka juga berpeluang menyertai ritual mangkuk nyanyian atau singing bowl di kawasan pergunungan serta sesi terapi bunyi di bawah langit malam yang dipenuhi bintang, dikendalikan oleh tenaga pengajar meditasi profesional, sebagai satu perjalanan memulihkan kesejahteraan fizikal dan mental dalam pelukan alam semula jadi.

Dua dewan pameran budaya baharu dibuka kepada orang ramai pada tahun ini. Muzium Budaya dan Sejarah menghimpunkan kisah-kisah berusia ribuan tahun mengenai Sekolah Niutou Chan, pelayaran maritim Zheng He, serta kemenangan besar Jeneral Yue Fei di Gunung Niutou. Sementara itu, Muzium Budaya Buddha Nanjing menampilkan pameran khas yang mengetengahkan warisan Zen selama 1,800 tahun di Nanjing. Teknologi cahaya dan bayangan digital menghidupkan semula pelbagai kraf warisan budaya tidak ketara, membolehkan seni pertukangan tradisional yang sekian lama tersembunyi dinikmati secara interaktif dan mendalam. Minggu Kebudayaan Laluan Sutera Maritim yang berlangsung pada Julai pula menghimpunkan cendekiawan budaya dari dalam dan luar negara untuk mengkaji sejarah pertembungan serta penyepaduan budaya di sepanjang laluan perdagangan maritim purba. Pelajar yang menyertai program lawatan pendidikan berpeluang menghasilkan salinan mural Dunhuang dan mempelajari teknik menghasilkan kerajang emas tradisional Nanjing. Melalui pengalaman ini, warisan sejarah dan budaya yang kaya diterjemahkan kepada aktiviti yang mudah dihayati, sekali gus menyentuh hati setiap pengunjung.

Dunia Zen Cahaya dan Bayangan serta Pengalaman Jelajah Malam yang Imersif

Ketika senja menyelubungi kubah bekas lombong, ribuan cahaya di Istana Puncak Buddha mula menyala, dengan pantulannya berkilauan di permukaan kolam yang jernih bak cermin. DI tengah-tengah interaksi antara realiti dan ilusi, seni bina yang pada siang hari tampak megah dan penuh wibawa berubah menjadi lebih lembut, mempesona dan seakan-akan berada di alam fantasi. Sepanjang musim panas, pengalaman penerokaan budaya pada waktu malam ditawarkan dalam tempoh yang terhad. Pengunjung boleh meneroka lorong-lorong istana berpandukan peta khas sambil berinteraksi dengan watak NPC secara langsung yang membawa peranan sebagai penggiat warisan budaya tidak ketara. Cetakan kraf yang dikumpulkan sepanjang perjalanan boleh ditebus dengan cenderahati budaya dan kreatif edisi eksklusif. Persembahan bertemakan bunga teratai turut berlangsung di taman hadapan Istana Puncak Buddha, menampilkan pari-pari teratai yang memimpin perjalanan serta sasterawan klasik yang menggubah puisi di tepi air. Alunan merdu guzheng dan seruling buluh bergema seiring bunyi aliran air, mencipta suasana puitis yang lembut dan anggun, menyerlahkan keindahan malam musim panas tradisional China.

Pelbagai aktiviti santai turut menanti pengunjung sepanjang musim panas. Laluan cahaya dan bayangan sepanjang 3.6 kilometer yang mengelilingi kawasan pergunungan menjadi lokasi larian malam yang menyeronokkan, manakala persembahan muzik secara langsung di atas padang rumput di bawah langit berbintang mewujudkan suasana pesta luar yang santai, memenuhi citarasa mereka yang gemar aktiviti aktif mahupun yang sekadar ingin berehat. Ramai keluarga memilih untuk berkunjung pada hujung minggu bagi menikmati bayu malam yang nyaman. Kanak-kanak pula berpeluang mencuba pelbagai kraf warisan budaya tidak ketara serta menelusuri kisah sejarah di sekitar istana yang dihiasi cahaya indah, sementara gelak tawa mereka bergema lembut di celah-celah hutan pergunungan.

Musim panas ini, Gunung Niushou menghimpunkan segala pesona pertengahan musim panas di Nanjing. Pada waktu siang, pengunjung dapat menikmati meditasi di hutan, penerokaan budaya dan program pembelajaran yang penuh bermakna, manakala pada waktu malam mereka dibawa ke dunia cahaya dan bayangan yang memukau serta persembahan seni tradisional China. Dengan menggabungkan terapi Zen di hutan pergunungan, pemeliharaan warisan budaya hidup, pertukaran budaya antarabangsa, pendidikan estetika awam percuma untuk golongan muda serta pengalaman rekreasi yang sesuai untuk semua peringkat umur, seluruh kawasan Gunung Niushou menjadikan alam semula jadi sebagai kanvas dan warisan budaya sebagai jiwanya. Pendekatan ini mengangkat khazanah budaya yang berusia ribuan tahun agar dapat dinikmati oleh semua secara lebih mesra, hidup dan mudah difahami.

Tinggalkan kesibukan kota dan lepaskan segala keresahan di tengah-tengah bayu nyaman, langit bertabur bintang serta pesona Zen Gunung Niushou yang abadi. Temui ketenangan jiwa yang berkekalan dan hayati keajaiban lembut musim panas yang hanya dapat dirasai di kawasan pergunungan Nanjing.

Sumber: Kawasan Pelancongan Budaya Gunung Niushou

--BERNAMA

Back to Home