UOB Malaysia raih anugerah Bank Terbaik dan Bank Mampan Terbaik daripada FinanceAsia untuk tahun kedua berturut-turut

Released on: Thursday, 16 Jul 2026 3:23PM

Table
Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia  

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- UOB Malaysia telah dinamakan sebagai Bank Terbaik dan Bank Mampan Terbaik di Malaysia bagi kategori Antarabangsa pada Anugerah FinanceAsia Tahunan Ke-30 2026 – Asia Tenggara. Dengan memenangi kedua-dua anugerah untuk tahun kedua berturut-turut, pengiktirafan ini mengukuhkan lagi komitmen Bank dalam memacu sumbangan yang bermakna kepada pembangunan ekonomi Malaysia, peralihan kemampanan dan integrasi serantau.
 
Anugerah FinanceAsia memberi pengiktirafan kepada institusi kewangan terkemuka yang telah menunjukkan kecemerlangan, inovasi dan pelaksanaan kukuh dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan serta menyokong pembangunan pasaran.
 
Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia berkata, “Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan Bank Terbaik dan Bank Mampan Terbaik di Malaysia daripada FinanceAsia untuk tahun kedua berturut-turut. Sememangnya, pengiktirafan ini menunjukkan kepercayaan pelanggan dan rakan kongsi terhadap kami, dan juga dedikasi warga kerja kami dalam menyampaikan nilai kepada perniagaan dan komuniti di mana kami menyediakan perkhidmatan.“
 
“Melalui kerjasama bermatlamat, pembiayaan mampan dan rangkaian luas kami di ASEAN, kami kekal komited untuk membantu pelanggan merebut peluang pertumbuhan, memajukan aspirasi kemampanan mereka, dan mengharungi landskap ekonomi yang semakin dinamik dengan penuh keyakinan.”
 
UOB Malaysia terus memperkukuh ketersambungan ekonomi melalui kerjasama strategik merentasi koridor pertumbuhan utama dan hab perniagaan, sambil menghubungkan peluang pelaburan langsung asing kepada perusahaan kecil sederhana (PKS) tempatan. Ini termasuk kerjasama dengan Invest Johor bagi menyokong pelaburan ke dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), Invest Selangor dan agensi kerajaan negeri di Sarawak untuk menambah peluang pelaburan dan pembangunan ekonomi merentasi koridor ekonomi masing-masing. Selaras dengan komitmennya terhadap pembangunan negara dan pertumbuhan mampan, Bank memainkan peranan aktif dalam memajukan JS-SEZ dan telah memudah cara pelaburan langsung asing melebihi RM18 bilion sejak 2024, di samping menyokong inisiatif infrastruktur air yang kritikal bagi meningkatkan keselamatan air jangka panjang di Pulau Pinang.
 
Bank turut memperluas kesalinghubungan perniagaan serantau melalui kerjasama dengan dewan perniagaan dan persatuan perkilangan di Malaysia dan Singapura. Kerjasama ini membolehkan Bank menghubungkan syarikat multinasional dengan perniagaan tempatan, memperkukuh rantaian bekalan dan perdagangan rentas sempadan, serta memberi akses kepada peluang pertumbuhan baharu di seluruh rantau ini.
 
UOB Malaysia turut diiktiraf atas kepimpinannya dalam memajukan kemampanan dan menyokong peralihan Malaysia kepada ekonomi rendah karbon. Melalui kerjasama dengan Bursa Malaysia dalam Penyelesaian Perisikan Kelestarian Berpusat (Centralised Sustainability Intelligence atau CSI) dan sebagai pengerusi bersama Kumpulan Fokus PKS di bawah Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (Joint Committee on Climate Change atau JC3) bersama Bank Negara Malaysia, Bank menyokong PKS dalam membina daya tahan, memperkukuh keupayaan kemampanan dan memajukan peralihan mereka kepada ekonomi yang lebih rendah karbon.

SUMBER: UOB Malaysia 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Putri Faralisa
Brand, Media and Communications
Tel: 6016-664 2346
Emel: putrifaralisasofeaadril.bintiabduljalil@uob.com.my

Nama: Nizam Arop
Brand, Media and Communications 
Tel: 603- 2638 6304/ 6017-333 6329
Emel: nizam.arop@uob.com.my

--BERNAMA
Back to Home