Maybank Islamic Memperkenalkan Kad Kredit-i Nadi Mastercard, yang Mudah Digunakan dan Inklusif

Released on: Tuesday, 07 Jul 2026 2:21PM



KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Maybank Islamic Berhad hari ini mengumumkan pelancaran Kad Kredit-i Nadi Mastercard, kad kredit patuh Syariah baharunya yang menawarkan penyelesaian kewangan yang mudah digunakan dan inklusif untuk rakyat Malaysia, direka untuk menyokong keperluan kewangan harian.

Pelancaran ini di waktu semakin ramai rakyat Malaysia mencari penyelesaian kewangan yang praktikal dan mampu milik yang mudah difahami, selaras dengan keperluan serta nilai mereka. Kad Kredit-i Nadi Mastercard mencerminkan perubahan ini dengan menjadikan akses kepada kemudahan kredit lebih mudah, telus dan mudah diakses.

Berteraskan kedudukan Bank sebagai pengeluar kad kredit terbesar di Malaysia, Kad Kredit-i Nadi Mastercard Maybank Islamic menawarkan caj tidak berkompaun, tanpa yuran tahunan serta kadar keuntungan tetap sebanyak 14% setahun. Kesemua ciri ini membolehkan pemegang kad mengurus perbelanjaan harian dengan lebih yakin. Pemegang kad juga menikmati akses kepada ekosistem kad Maybank yang luas, termasuk manfaat eksklusif serta lebih 1,000 keistimewaan pedagang di seluruh rantau ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Dato’ Sri Khairussaleh Ramli berkata, “Kepercayaan merupakan tunjang utama perbankan dan dibina melalui kejelasan serta tumpuan yang tidak berbelah bahagi terhadap pelanggan. Kad Kredit-i Nadi Mastercard mencerminkan inovasi bermatlamat yang kami ingin terajui – penyelesaian yang mudah, berteraskan nilai serta dibangunkan berasaskan keperluan sebenar pelanggan. Sebagai ‘nadi’ kepada kehidupan kewangan harian, Nadi direka untuk meluaskan akses kepada pembiayaan secara bertanggungjawab dengan cara yang mudah diakses, mampu milik dan bermakna. Kami kekal komited untuk membentuk masa depan perbankan yang memberikan impak mampan kepada komuniti yang kami santuni.”

Berbeza daripada struktur kadar keuntungan bertingkat yang lazim digunakan dan boleh mencecah sehingga 18% setahun, Kad Kredit-i Nadi Mastercard menawarkan kadar keuntungan tetap sebanyak 14% setahun, sekali gus memberikan pelanggan kejelasan yang lebih baik mengenai komitmen pembayaran mereka.

Nama ‘Nadi’, yang diterjemahkan sebagai ‘pulse’ dalam bahasa Inggeris, mencerminkan peranan penting Maybank dalam kehidupan kewangan harian rakyat Malaysia.

“Kami percaya produk kewangan seharusnya mudah difahami serta memperkasa pelanggan untuk membuat keputusan yang bermaklumat. Kad Kredit-i Nadi Mastercard mencerminkan komitmen kami dalam Menginsankan Perkhidmatan Kewangan dengan menawarkan kebolehramalan dan ketenangan fikiran yang lebih tinggi dalam pembiayaan harian. Kad ini direka untuk menyokong pengurusan kewangan yang bertanggungjawab dengan mengurangkan kerumitan serta memberikan pelanggan kepastian yang lebih tinggi terhadap kos pembiayaan mereka,” kata Mohamad Yasin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perbankan Islam merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic.

Para pelanggan boleh memohon Kad Kredit-i Nadi Mastercard melalui aplikasi MAE, Maybank2u serta di semua cawangan Maybank di seluruh negara mulai Oktober 2026.

SUMBER: Malayan Banking Berhad (MAYBANK)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Hal Ehwal Korporat Kumpulan Maybank
Nama: Izlyn Ramli
Tel: +60 19 200 0248
Nama: Wan Nazdy
Tel: +60 12 351 7561
Nama: Irwan
Tel: +60 19 278 7719
E-mel: corporateaffairs@maybank.com 

--BERNAMA
Back to Home