PRESS RELEASES
[Back]
Wednesday, 20/11/2024 10:54:00
KARYA AGUNG: TRIBUTE TO PAK NGAH 'DATUK SUHAIMI MOHD ZAIN'
SEREMBAN, 20 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Negeri Sembilan dengan kerjasama Kumpulan Caklempong Tunas Warisan akan menganjurkan Program Karya Agung: Tribute to Pak Ngah ¡®Datuk Suhaimi Mohd Zain¡¯ pada 23 November 2024 pukul 8.30 malam bertempat di Auditorium Raja Melewar, JKKN Negeri Sembilan. Penganjuran program Karya Agung oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) adalah merupakan satu inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hasil daripada cetusan Idea Kerajaan Malaysia dalam Pembentangan Bajet 2024 oleh Perdana Menteri untuk memartabatkan seni budaya tradisional dan warisan negara Malaysia. Program ini mengangkat karya-karya seni yang dianggap agung dan bersejarah, seperti teater tradisional, tarian klasik, muzik asli, dan cerita rakyat yang kaya dengan nilai budaya dan sejarah melalui kaedah persembahan di seluruh Malaysia. Konsert Karya Agung : Tribute To Pak Ngah ¡¯Datuk Suhaimi Mohd Zain¡¯ yang berdurasi 1 jam 30 minit arahan Siso KOPRATASA ini adalah sebagai menghargai sumbangan dan bakti Seniman Negara dalam bidang muzik dengan mempersembahkan lagu-lagu irama Malaysia yang dihasilkannya yang terus popular di segenap lapisan rakyat. Program hari ini telah dihadiri oleh YB Puan Tan Lee Koon, EXCO Kerajaan Negeri, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan. Turut hadir ialah YBrs Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Konsert Karya Agung : Tribute To Pak Ngah ¡®Datuk Suhaimi Mohd Zain¡¯ menampilkan beberapa artis terkenal tanah air antaranya ialah Dato¡¯ Tamimi Siregar, Dr Norzizi Zulkifli, Noraniza Idris dan Zaifri Husin. Konsert ini juga mengetengahkan artis tempatan iaitu Fitri Ismail, Siti Nadia Zaini, Nur Nabihah Mohd Shukeri dan artis cilik Cinta Suci Indah Urmila. Di akhir konsert ini, sebuah lukisan Allahyarham yang dilukis oleh Mazlan bin Abu Bakar daripada Persatuan Pelukis Negeri Sembilan dipotretkan dan diserahkan kepada Anak Allahyarham iaitu Megat Mohd Syahraini bin Suhaimi. Menariknya, orang ramai boleh menyaksikan pameran beberapa koleksi barangan peribadi Allahyarham dengan kerjasama Pak Ngah Production Sdn.Bhd seperti alatan muzik akordian, skor muzik lagu ¨C lagu yang ditulis oleh Allahyarham Pak Ngah, koleksi baju persembahan Allahyarham dan juga Piala ¨C Piala Anugerah yang pernah dimenangi oleh Allahyarham. Harapan agar Konsert Karya Agung : Tribute To Pak Ngah ¡¯Datuk Suhaimi Mohd Zain¡¯ ini dapat mendekatkan generasi muda untuk turut mengenang dan menghargai jasa tokoh muzik disebalik kejayaan artis-artis terkenal tanahair. Melalui program ini juga, ia dapat menghidupkan semula dan memupuk generasi akan datang untuk mencintai muzik Irama Malaysia sekaligus mengangkat Irama Malaysia ke persada dunia. Orang ramai dijemput hadir menyaksikan muzikal tribute to Pak Ngah pada hujung minggu ini. Maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN Negeri Sembilan melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya dan laman web JKKN. Dikeluarkan Oleh: Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Tel: 03-2614 8200 Faks: 03-2697 0786 Laman Sesawang: www.jkkn.gov.my E-mel: ukk@jkkn.gov.my Platform Media Sosial Rasmi JKKN: Facebook: @Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan @mysenibudaya Instagram, Twitter & YouTube: @mysenibudaya SUMBER: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: Nama: Nurhidayah Binti Zakaria Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (Ibu Pejabat) Tel : 03-26148200 / 019-559 6404 --BERNAMA
Another project by BERNAMA Media Relations and Event Management (MREM).
Click here
to add free PRESS RELEASES to your website.