PRESS RELEASES
[Back]
Monday, 18/11/2024 17:59:04
S PAY GLOBAL SARAWAK KINI DIINTEGRASIKAN DENGAN DUITNOW QR PAYNET
KUCHING, Sarawak, 18 Nov (Bernama) -- S PAY GLOBAL bekerjasama dengan Payments Network Malaysia ("PayNet") untuk menghubungkan DuitNow QR, platform pembayaran masa nyata di Malaysia, dengan S PAY GLOBAL, dompet elektronik milik negeri Sarawak yang memiliki lebih daripada 770,000 pengguna berdaftar dan lebih daripada 91,000 peniaga. Sehingga kini, S PAY GLOBAL juga telah memproses transaksi bernilai RM4.2 bilion sejak diperkenalkan pada tahun 2017. Dengan sokongan daripada Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), integrasi baharu ini membolehkan rakyat Sarawak menikmati transaksi tanpa tunai yang lancar, pantas, dan selamat di lebih 2 juta titik sentuh DuitNow QR di seluruh negara, dan memperkukuh komitmen negeri Sarawak terhadap transformasi digital melalui rangkuman kewangan dan ekonomi tanpa tunai. Integrasi DuitNow dengan S PAY GLOBAL merupakan pencapaian signifikan dalam usaha Sarawak ke arah rangkuman kewangan dan kebolehcapaian perkhidmatan kewangan digital kepada khalayak yang lebih ramai. Di bawah bimbingan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), S PAY GLOBAL telah menjadi komponen penting dalam memperluas akses kewangan kepada semua rakyat Sarawak, termasuk mereka di kawasan luar bandar dan kurang mendapat perkhidmatan. Dengan menawarkan kebolehoperasian dengan pelbagai dompet DuitNow, S PAY GLOBAL memastikan rakyat Sarawak mempunyai lebih banyak pilihan untuk membuat pembayaran, memindahkan dana, dan menguruskan transaksi. Selain itu, para peniaga di Sarawak akan mendapat manfaat daripada capaian DuitNow yang lebih luas kerana ia membolehkan transaksi komersial dan pembayaran menjadi lebih mudah melalui rangkaian pelanggan yang lebih besar. Menyokong Agenda Ekonomi Digital Sarawak Integrasi ini selaras dengan Pelan Induk Ekonomi Digital Sarawak 2030, yang memberi tumpuan kepada pemodenan infrastruktur kewangan negeri dan menjadikan pembayaran digital sebahagian daripada kehidupan harian. Penyertaan DuitNow dalam ekosistem S PAY GLOBAL akan mempercepat pertumbuhan pengguna dan peniaga apabila proses pembayaran menjadi lebih lancar dan mudah diakses. Dengan menyediakan pilihan pembayaran yang lebih mudah dan memperluas capaian melalui rangkaian DuitNow, S PAY GLOBAL berada pada kedudukan terbaik untuk mendorong penerimaan transaksi digital yang lebih meluas. Daripada gerai tempatan hingga ke perusahaan besar, peniaga di seluruh Sarawak akan mendapat manfaat daripada akses yang diperluas ini, memberikan mereka alat yang diperlukan untuk berkembang maju dalam ekonomi tanpa tunai. ¡°Ciri baharu ini membuka jalan kepada keterhubungan yang lebih luas dan transaksi yang lebih lancar, lalu memperkasa rakyat Sarawak untuk berinteraksi dengan rangkaian peniaga yang melangkaui sempadan. Ini selaras dengan visi kami untuk ekonomi digital Sarawak¡ªsebuah ekonomi yang melangkaui sempadan geografi, membuka peluang baharu untuk perniagaan dan individu menyertai pasaran global. Melalui inovasi seperti ini, kami meningkatkan keterangkuman digital dan memperkukuh kedudukan Sarawak dalam ekonomi serantau dan antarabangsa,¡± kata YBhg. Dato Dr Anderson Tiong Ing Heng, Pengurus Besar SMA. ¡°Integrasi ini mengetengahkan komitmen kami terhadap pembayaran tanpa tunai yang lancar untuk semua rakyat Sarawak. Dengan membolehkan DuitNow di dalam S PAY GLOBAL, pengguna boleh melakukan transaksi yang mudah dengan peniaga yang menerima dompet lain, manakala pengguna asing dan dompet lain juga boleh mengimbas dan membayar kepada peniaga SPG. Ini memupuk kemudahan, kebolehcapaian, dan keterangkuman kewangan di Sarawak,¡± jelas Ts. Hii Saan Chieng, Pengurus Besar SiliconNet Technologies Sdn. Bhd., pengendali S PAY GLOBAL. Azrul Fakhzan B. Mainor, Pengarah Kanan, Bahagian Komersial, PayNet berkata, ¡°Dengan DuitNow QR, S PAY GLOBAL kini dapat beroperasi secara bersama dengan semua bank yang turut serta, aplikasi perbankan mereka, dan dompet elektronik mudah alih. Selain itu, peniaga di Sarawak pada masa hadapan akan disambungkan kepada ekosistem pembayaran global dengan satu kod QR DuitNow, sekaligus mempercepat aliran perdagangan dengan lebih pesat.¡± Tambah beliau, ¡°Kerjasama ini menandakan permulaan pengalaman pelanggan yang benar-benar transformatif untuk semua lapisan masyarakat di Sarawak.¡± Dengan sokongan SMA dan PayNet, S PAY GLOBAL akan terus berinovasi dan memperluas perkhidmatannya, menawarkan penyelesaian pembayaran yang lebih komprehensif untuk pengguna dan peniaga. Untuk menikmati integrasi baharu dan ciri-ciri terkini, pengguna dinasihatkan untuk mengemas kini atau memuat turun aplikasi S PAY GLOBAL hari ini di Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery. S PAY GLOBAL juga akan melancarkan DuitNow QR baharu untuk peniaga sedia ada kami dalam beberapa bulan akan datang. Peniaga baharu yang berminat untuk turut serta dialu-alukan untuk menghubungi S PAY GLOBAL bagi tujuan pendaftaran. Mengenai Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) SMA ialah badan pengawal selia yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Ordinan Sarawak Multimedia Authority 2017 dengan objektif utama untuk menerajui, menyelia, dan mempermudah pembangunan serta pelaksanaan inisiatif komunikasi, multimedia, dan ekonomi digital di Sarawak. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.sma.gov.my/. Mengenai PayNet Payments Network Malaysia (PayNet) ialah rangkaian pembayaran nasional Malaysia dengan misi untuk mempercepatkan aliran pembayaran negara dengan menjadikan infrastruktur pembayaran digital lebih mudah diakses, meluas, dan selamat. Rangkaian pembayaran runcit kami yang komprehensif¡ªtermasuk DuitNow (QR dan Transfer), JomPAY (Pembayaran Bil), FPX (Atas Talian), MyDebit (Debit Domestik), MEPS dan IBG (Interbank GIRO)¡ªmenyediakan liputan yang meluas di seluruh negara, membentuk sebahagian daripada teras kehidupan harian di Malaysia. Pada tahun 2023, ekosistem ini mencatatkan nilai transaksi keseluruhan sebanyak USD 1.4 trilion, bersamaan dengan 3.3 kali ganda KDNK Malaysia. Selain itu, rangkaian pembayaran runcit QR masa nyata PayNet, DuitNow, boleh beroperasi secara bersama dengan skim domestik di Singapura, Thailand, dan Indonesia, memudahkan transaksi rentas sempadan yang lancar dengan negara-negara ini. PayNet komited untuk mempromosikan ekosistem pembayaran yang selamat, cekap, dan inovatif di Malaysia serta bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi keperluan pengguna dan perniagaan yang sentiasa berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.paynet.my. Mengenai S PAY GLOBAL S PAY GLOBAL ialah dompet elektronik milik negeri Sarawak yang dibangunkan dan dikendalikan oleh SiliconNet Technologies Sdn. Bhd. (SNT) untuk memacu transformasi digital dan keterangkuman kewangan di seluruh negeri. Dengan misi memodenkan landskap pembayaran di Sarawak, S PAY GLOBAL menawarkan platform pembayaran digital yang selamat, mudah diakses, dan menyeluruh untuk individu dan perniagaan. Ciri-cirinya merangkumi transaksi lancar seperti pindahan rakan-ke-rakan, pembayaran QR, penyelesaian bil, dan pembayaran peniaga, menyokong pengguna tempatan dan antarabangsa. Sejak penubuhannya pada tahun 2017, S PAY GLOBAL telah mengukuhkan peranannya dalam menjadikan pembayaran tanpa tunai sebagai norma harian di Sarawak. Dengan keupayaan integrasi yang luas, termasuk kerjasama dengan rangkaian pembayaran nasional seperti DuitNow, platform ini mempunyai kebolehoperasian untuk transaksi di seluruh negara dan rentas sempadan. Keterhubungan ini memastikan penduduk dan perniagaan di Sarawak mendapat manfaat daripada sistem kewangan yang lebih lancar dan inklusif, sama ada di dalam negeri mahupun di luar negara. S PAY GLOBAL beroperasi di bawah bimbingan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) untuk mempromosikan masyarakat yang inklusif dari segi kewangan dan penggunaan tanpa tunai di Sarawak. Dengan jalinan kerjasama melibatkan BNM, agensi kerajaan, peniaga, dan rakan kongsi pembayaran, S PAY GLOBAL terus berinovasi dan memperluaskan penawarannya untuk menyediakan penyelesaian pembayaran yang cekap, mesra pengguna, dan kukuh yang disesuaikan dengan keperluan moden. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://spayglobal.my/. SUMBER: Payments Network Malaysia (PayNet) UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Khidmat Pelanggan Tel: 082-22 45 99 --BERNAMA
Another project by BERNAMA Media Relations and Event Management (MREM).
Click here
to add free PRESS RELEASES to your website.